Wednesday, October 27, 2010

si gadis bazar ramadhan 6 (final)

Malam tu aku tak dapat nak melenakan tidurku.Mana taknya, aku dah sesuatu yang luarbiasa hari ni sampai aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku dah buat tadi.Macam mimpi pun ada.Biar betul aku nak kawin ni? Tadi niat asal aku nak ajak Ika couple je.Nak kenal-kenal dia dengan lebih mendalam dulu.Tapi kenapa aku cakap kat mak dia aku nak kawin dengan Ika? Bersedia ke aku nak jadi suami orang? Mau pengsan mak aku kalau aku tiba-tiba balik cakap aku nak kawin.Memang la aku ada angan-angan nak kawin dengan Ika, tapi bukan la secepat ni.Yang mak dia terus setuju tu kenapa? nak kata aku kaya tahap Sultan Brunei,memang jauh sekali la.Tapi bak kata pepatah, terlajak kereta, boleh guna gear reverse, terlajak kata,Lu pikirla sendiri.Arghhhh...





Tiba-tiba ada bunyi sms.Siapala pulak nak hantar sms time-time macam ni.Entah-entah adik aku nak mintak share kredit lagi kot.Ataupun brader murtabak 8 yang nak ajak gaduh sebab bengang aku lamar Ika tadi?Ah kenapa nama brader tu asyik muncul dalam hidup aku sekarang?


Rupa-rupanya Ika yang sms aku.


-Salam, saya nak tanya sikit ni, betul ke apa yang awak cakap kat mak saya tadi?-


Alamak aku lupa la.aku bagitau Ika lain, aku bagitau mak dia lain.Mesti ika terkejut kalau mak dia cakap aku nak ajak dia kawin.Macamana nak jawab ni?


-Wasalam.Memang betul apa yang saya cakap kat mak awak tu.-


Berani cakap, beranila tanggung Razif...


-Tapi awak dah cukup kenal saya ke?-


Ayat yang buat aku serba salah.Memang aku tak kenal dia lagi.setakat jumpa time beli murtabak dengan keluar berbuka sekali tak cukup untuk aku kenal dia sepenuhnya.Tiba-tiba aku rasa cuak pulak.


-Saya yakin pilihan saya ni tepat.Saya ikhlas cintakan awak Ika.-


-Setakat mana keyakinan awak?-


Kenapala Ika soal aku macam Jalaludin Hassan dalam rancangan Who Wants To Be A Milionaire pulak ni? Tergelak aku dengan lawak aku sendiri.haha


-Awak tak yakin dengan saya ke?-


Biar dia pulak yang jawab.haha


-Awak,kita ni baru je kenal.Janganla tergesa-gesa sangat.Berila masa untuk kita kenal hati budi masing-masing dulu.Kita lahir dalam dunia yang berbeza.Saya taknak awak menyesal nanti-


Ada betulnya apa yang Ika cakapkan.Tapi aku dah terlajak kata dengan mak dia tadi.tak macho la aku kalau tarik balik lamaran aku tu.


-Tapi saya dah cakap dengan mak awak tadi,takkan nak tarik balik lamaran tu?-


-pasal tu awak jangan risau, saya dah explain kat mak saya.Dia pun faham-


lega aku.aku pun taknak kawin lagi.Bukan takut komitmen, cuma kena belajar dulu asas-asas rumahtangga ni.Kalau nak harapkan cinta je, aku rasa tak kekal lama rumahtangga tu.






-Ok, tapi awak setuju tak jadi kekasih hati saya?-


- *smile* -


Yahooo!!!!!



*****




Sejak hari itu,lepas kerja je, aku terus balik rumah, salin baju dan pecut ke Bazar Ramadhan.Aku tolong Ika dan mak dia kat gerai murtabak tu.Mula-mula kekok jugak, tapi aku rasa tu la cara yang terbaik untuk aku kenal dia, dan dia kenal aku.lagipun mak dia ada sekali.jadi dia pun boleh buat penilaian atas diri aku ni.haha


Pada suatu hari brader murtabak 8 tu datang.Aku tengok riak muka dia sedikit berubah melihat kemesraan aku dan Ika.Dia pandang aku semacam je.macam pandangan yang mengatakan 'lu pehal kacau awek gua?'. Lalu aku membalas dengan pendangan 'Gua dah menang bro, lu main jauh-jauh la'. hari tu dia beli 1 je murtabak.Aku tersenyum bangga apabila brader tu blah.Aku dah agak dia memang ada hati dengan Ika.taktik dia la tu beli murtabak 8 tiap-tiap hari.Aku beli 1 je boleh dapat la.Ayat kena power bro.hahahaha. aku gelak jahat dalam hati.


"kenapa awak senyum sorang-sorang ni?" Eh ika perasan ke aku tengah senyum-senyum?


"Kenala senyum selalu, barula pelanggan datang.Kejap lagi ramai la awek-awek datang beli sebab saya senyum,hehe" Saja je aku nak test dia.


"Eleh perasan" dia membalas dengan satu cubitan di lengan.


"Adoi sakitla awak" aku buat over reaction.padahal tak sakit mana pun.haha


"Ehem-ehem.agak-agak la nak bergurau pun.Bulan puasa ni," sekali mak dia kat belakang nampak la pulak.tak pasal-pasal kena sound pulak.mak dia dah senyum-senyum.kami berdua buat-buat sibuk sebab malu.haha lepas tu sama-sama gelak.Alahai bahagianya rasa.




*****




Esok aku dah nak balik kampung.jadi hari ni aku ajak Ika shopping baju raya.macam biasa, musim-musim nak dekat raya ni, shopping complex memang sesak dengan orang.kalau sorang-sorang memang tak kuasa aku nak redah.tapi kali ni aku berdua.tak terasa sangat sesaknya.haha. lagu-lagu raya menambahkan kemeriahan persiapan semua orang nak shopping.


"awak nak beli baju raya warna apa tahun ni?" tahun ni aku cadang nak pakai sama warna dengan Ika.Jiwang la pulak.haha


"Emm saya cadang nak warna ungu.awak suka tak warna ungu?" Eh macamana dia tahu warna kesukaan aku nih? Ni la yang dikatakan jodoh.ada je persamaan.hehe


"Saya memang nak beli ungu.ni la yang orang cakap ada chemistry tu kan?"


"Iyela awak" dia senyum je.Ika ni memang murah dengan senyuman la.


Hari yu penat jugak aku shopping.Maklumla shopping dengan orang perempuan ni kena banyak sabar.kalau boleh semua kedai dia nak masuk.Nak buat pilihan yang betul-betul katanya.Last-last dia nak gi balik kedai yang mula-mula kami masuk.katanya kedai tu ada baju yang paling cantik.nasib baik la awek sendiri kan.sabar ajelah.Ni la yang dikatakan pengorbanan, ye tak?





3 Bulan kemudian


Akhirnya setelah dekat 3bulan couple, aku mengambil keputusan untuk meminang Ika.Semuanya berjalan lancar sebab mak dia pun dah kenal aku, aku pun dah bawak mak ayah aku beraya kat rumah dia dulu.Kitorang bertunang pada 12.12.10 sempena hari lahir Ika.Aku saja je pilih tarikh tu.Biar bermakna sikit.Ika pun suka.aku pun suka. macam lagu dua insan, "Bila kau senyum, ku gembira...lalala"




Keesokan harinyaDi tepi pantai yang indah



"Abang, kenapa tiba-tiba bawa ika datang sini?" Eh dia cakap apa tadi?Macam luarbiasa je aku dengar.


"Awak cakap apa tadi?"


"Ika cakap, kenapa abang tiba-tiba bawa ika datang kesini?" memang sah dia panggil aku Abang.rasa macam dah kawin pulak.hehe.


"Abang, ika tanya ni, kenapa senyum-senyum pulak?" Eh lupa pulak aku nak jawab.jauh aku berangan rupanya.hehe


"kenapa tiba-tiba awak panggil saya abang?"


"Awak tak suka ke saya panggil Abang?" tiba-tiba riak muka dia berubah.macam kecewa je.ala sudah.takkan dia merajuk kot?


"Bukan macam tu, saja nak tau.Sebab kita dah tunang ke?"


"tu salah satu sebabnya.Tapi sebab utama sebab Ika baru tahu umur Abang dah 25.semalam baru tahu lepas Adila bagitau," kecoh betul la adik aku sorang tu.


"Habis tu Ika ingat umur Abang berapa?" Aku pun dah terikut bahasakan diri aku Abang.best jugak rupanya.haha


"Ingatkan dalam 22 je," aku tergelak kuat.tapi aku pun baru semalam tahu umur Ika baru masuk 21.


"Abang kan awet muda,hehe"


"Eleh perasan," Ika mencebik.Alahai ika, kau senyum cantik, buat muka masam pun comel.huhu.terasa nak nyanyi lagu exist- masih terserlah ayu wajahmu walaupun marah....


"kalau ika nak tau, ni la tempat abang luahkan perasaan, tempat abang datang kalau abang rasa sunyi,rasa tertekan.angin pantai ni seolah-olah akan bawa pergi masalah abang tu ke tempat yang jauh," aku menjelaskan padanya sambil memandang laut yang luas terbentang.Dia mengangguk faham.



"Abang, ika nak buat satu pengakuan ni.Ika harap abang dapat terima," hah? pengakuan apa pulak ni?Baru je nak rasa bahagia.takkan dah datang masalah?Aku memberi ruang untuk ika teruskan pengakuannya.


"Mesti abang perasan ada sorang pelanggan Ika yang selalu beli 8 murtabak tu kan?" mestila aku perasan.Mamat yang selalu nak potong line aku dulu.tapi kenapa dengan dia? takkan la....


"Kenapa dengan dia," aku dah mula rasa suspen.angin laut terasa terhenti seketika.bunyi ombak dah hilang, digantikan dengan bunyi degupan jantung aku.


"Ika pernah kawin dengan dia dulu," APA??? terasa kelam seketika.rasanya macam dah tiada lagi esok untuk aku.kenapa kau sanggup tipu aku Ika????tell me why?tiba-tiba aku cakap orang putih pulak.Argghhh


Tiba-tiba Ika gelak kuat.sawan ke ape ika ni?


"Ika gurau jela abang, Ika tak kenal pun sape brader tu," memang sakit jantung aku dengan lawak budak Ika ni.ni mesti penyakit keturunan datang dari mak dia.asyik buat lawak terkejut je.


"Oooo tipu abang ye, jaga ika," lalu aku mengejarnya.kami berlari-lari di tepian pantai.ade mata-mata menjeling curiga.Pedulikan mereka.mereka tidak tahu, hubungan kau dan aku.saat itu kebahagiaan terasa di segenap laluan darah di tubuhku.gelak tawa Ika sangat menyenangkan.





Siapa kata bahagia itu sukar dicari? bahagia itu ada. bukakan hati anda kerana bahagia ada di mana-mana.bahagia takkan jatuh dari langit, kita yang seharusnya untuk berusaha ke arah bahagia itu.


Aliya Zulaikha, izinkan selamanya namaku dihati...



-TAMAT-


Semenjak kau hadir dalam hidupkuTiada lagi keresahanKau mengetuk pintu hatikuTanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cintaKau yang memberi rasaKau yang ilhamkan bahagiaHingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurnaTika bahagia mula menjelmaBila keyakinan datang merasaKasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimuMerindui dirimuMemiliki dirimuHingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cintaKau yang memberi rasaKau yang ilhamkan bahagiaHingga aku terasa indah


Kau yang bernama cintaHingga aku rasa indah


-Yang Terindah - Dakmie -


Huhu tamat sudah cerita kisah ika dan razif. terima kasih atas sokongan anda semua yang sudi baca dan bagi komen2 yang bagus2 belaka. aku harap korg sume dapat terima ending cite ni.aku ni penulis amatur je.tak sehebat penulis2 yg dah buat novel tu sume.hehe.thanks sebab follow cite ni dari awal.aku memang tak sangka sambutan yang camni. mungkin nanti aku akan buat karya yang lain pulak. aku ingt nk buat special chapter:dari sudut hati Ika, tapi tak tau la jadi ke tak... dah malas nak menaip.haha...


p/s:credit to farhan zuriyani :)

Sunday, October 24, 2010

si gadis bazar ramadhan 5

Tadi aku rasa macam berani je.Siap boleh mintak izin dengan mak dia tanpa segan silu.Tapi sekarang, bila aku berdua dengannya, lidah terasa kelu, kepala terasa kosong, otak terasa beku, jantung pulak macam tak nak berdegup normal dah.rasanya dia macam boleh dengar je degupan jantung aku ni.Arghh parah la kalau berterusan macam ni. Steady la sikit razif!



Aku bawa dia ke sebuah restoran tak jauh dari bazar tu, tapi bukan atas cadangan aku, dia yang cadangkan.Makanan kat situ sedap katanya.Lalu aku membiarkan dia yang buat pesanan.Aku aku cakap aku okey je sebenarnya makan apa pun.Tapi dalam hati Tuhan je tau aku berdoa agar dia tak pilih makanan yang aku tak suka.Aku kan cerewet bab makan-makan ni.haha.Nasib aku baik sebab semua yang dia order menepati citarasa aku.


"Awak kerja dekat mana sebenarnya?" Dia memulakan bicara.Mestila nak soal siasat background aku ni.


"Saya kerja biasa-biasa je.Office saya sebelah bank CIMB tu je," Dia mengangguk macam faham.Harap-harap dia tahu la dekat mana.


"Awak memang kerja jual murtabak dengan mak awak tu eh?" walaupun terasa macam dah tahu jawapannya, tapi aku tetap nak tanya jugak.manala tau kot-kot pagi dia kerja Pegawai bank ke.huhu


"Ha'ah saya tolong mak saya je.Saya ni belajar takat SPM je.Lagipun kesian tengok mak saya tu kerja sorang-sorang.Ayah saya dah meninggal," Terkejut jugak aku dengar penjelasan dia.Tapi aku bukan jenis yang suka pandang rendah kat orang.bagi aku setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri.


"Maafkan saya sebab tanya pasal ni,"aku dah tak tahu nak cakap apa sebab aku ni memang lemah bab-bab cerita sedih ni.Kalau tengok movie sedih, mengalir jugak airmata lelaki aku ni kadang-kadang.


"Takpe, saya dah biasa.Sedap tak murtabak saya tu? har-hari awak datang beli.hehe," Dia sangat hebat.kejap je dia ubah mood.tapi kenapa aku rasa macam ada sesuatu disebalik soalan ni?


"Mestila sedap.Time saya makan, tak sedar pun murtabak tu dah habis ditelan," aku membelas lawaknya tadi.dia tergelak je.manis sungguh.


Dalam sedar tak sedar dah masuk waktu berbuka.Dia malu-malu nak makan.aku tengok dia makan sikit-sikit je.


"makanla banyak sikit, bukan selalu awak dapat berbuka dengan saya ni," aku senyum padanya sambil menambah lauk kedalam pinggannya.


"Eh takpela, awak la kena makan banyak.saya tengok awak tu kurus je,hehe" Alahai Ika,sempat lagi dia kenakan aku.tapi aku tak kisah.rasanya sangat bahagia.mak, aku nak kawin!




*****



Puasa tinggal lagi 10hari.maknanya ada 10hari lagi sebelum raya.10hari jugak aku dapat bertemu Ika di bazar tu.Macam sangat suntuk je masa.Selepas aku berbuka dengan Ika, malam tu aku send sms kat dia lagi.


-Salam, awak tengah buat apa tu? Sorryla kalau mengganggu.Saya cuma nak ucap terima kasih sekali lagi sebab sudi berbuka dengan saya tadi.-


Sebenarnya ni ayat intro je,ada sesuatu yang aku nak tanya dia, tapi lupa nak tanya petang tadi sebab asyik sangat borak dengan dia.haha


-wasalam.Saya tak busy pun.Saya pun nak ucap terima kasih jugak sebab belanja saya berbuka tadi.mak kirim salam-


wah ini sudah bagus.mak dia kirim salam.macam merestui je.huhu.


-Tapi saya lupa nak tanya tadi.boyfriend awak tak marah ke awak keluar berbuka dengan saya tadi?-


Ayat kiasan nak tau dia single ke dah berpunya.haha


-Eh takdela.saya ni siapalah yang sudi.Entah-entah girlfriend awak yang mengamuk kalau tahu kita berbuka sama tadi-


tu ayat nak tahu status aku jugak la tu.haha


-Saya ni lagila takde sape yang sudi.nasib baik ada gadis penjual murtabak yang sudi temankan saya berbuka tadi. *wink*-


senang betul nak bergurau senda kalau pakai sms je.huhu







-Baiknya hati gadis tu ye, entah-entah dia dah jatuh hati kat awak kot. *smile*-


Macam nak terlepas handset aku dari tangan.dia betul-betul suka aku ke ni?


-Macamana ye nak tau dia suka saya ke tidak?-


Aku dah mula berdebar lagi.


-kenala la tanya dia depan-depan. tak gentlemen la kalau tanya pakai sms je *wink*-


Terkena tepat ke muka aku sendiri.ni satu cabaran.


-Okey, esok saya nak tanya dia la.mana tahu ada jodoh saya dengan dia kan? *smile*-


kita tengok la esok macamana Ika.huhu


-Okey, harap-harap awak tidur lena la malam ni ye, *smile*-


nakal sungguh la budak Ika ni.sempat lagi dia kenakan aku.Tapi betul jugak katanya.tak lena jugak aku fikir nak cakap macamana esok ni.


Hmmmm




*****



(untuk lebih feeling, sila layan bahagian berikut sambil dengar lagu RSVP - Maulana AF8..hehe)

selit link sikit..hu ^^,-->http://www.youtube.com/watch?v=QuxrxBmqNww

Kali pertama ku melihatHati sudah rasa terpikatBila kau membalas senyumanKu berkhayalan


Kita berdua jatuh cintaKau milikku dan ku kau punyaTapi di dalam realiti belum pasti


Ku pinta kau répondez s’il vous plaîtJangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tanganKu rayu kau répondez s’il vous plaîtAgar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran


Dah tak mampu berselindung lagiCinta yang lahir dalam hatiAku tahu kau juga mahu tetapi malu


Andainya benar katakanlahAgar dapat mengorak langkahBila ku ketuk pintu hatimuIzinku masuk


Luahkanlah ku perlu tahuLuahkanlah isi hatimu



Hari ni aku tekad.Apa nak jadi, jadilah.Aku yakin, aku tak bertepuk sebelah tangan.Aku yakin, Ika juga mempunyai rasa yang sama cuma takkan perempuan nak memulakan dulu kan? Mesti dia tengah tunggu ayat keramat I Love You dari aku. Chewah...


Seperti biasa aku akan ke bazar Ramadhan itu lagi, tempat yang menemukan aku dan dia.Tempat lahirnya cintaku padanya.Sejak bila pulak aku jiwang tahap melangit ni? Agaknya sebab terlebih minum air tebu semalam kot.keluar ayat yang manis-manis je dari bibir ni.haha


Dari jauh aku nampak dia.Keyakinan masih lagi teguh.Seteguh karang di lautan.Ayat sudah tersusun kemas.Cuma tunggu nak luah je.Harap-harap semuanya berjalan seperti yang aku rancangkan.Tiba-tiba aku perasan yang Ika tiada di situ.yang ada cuma ibunya.Eh mana pulak dia pergi arini? Takkan MC kot?


"Assalamualaikum makcik," Nak tak nak terpaksa aku tegur bakal mak mertua ni dulu.huhu


"Waalaikummusalam.Eh Razif, nak beli murtabak ke?" Hari ni saya datang nak beli anak makcik pulak.haha


"Ha'ah.Emm Ika tak datang ke hari ni makcik?" Nampak macam gelojoh la pulak aku ni.Aku tengok makcik tu dah senyum semacam je.


"Ada kat belakang tu, kalau nak jumpa dia pergi la kat belakang," Sporting sungguh bakal mak mertua aku ni.huhu


Selepas meminta diri, aku kebelakang.Mintak-mintak la takde lawak airmata macam makcik tu buat kat aku hari tu.


"Assalamualaikum Ika," Dia macam terkejut je.


"Waalaikumusalam.Awalnya datang hari ni Razif,"Mana tak awalnya, aku siap je keje, terus blah.haha


"Saya datang awal sebab tak lena tidur malam tadi," Sengaja aku nak mengenakan dia.Dia pun faham sebab aku tengok dia senyum-senyum je.


"Kesian orang tu tak dapat tidur lena kan," eleh saja la tu nak balas.


"So, cik Zulaikha, si gadis penjual murtabak, saya sukakan awak, sudi tak awak couple dengan saya,?" Masa tu aku tengok dia terkejut.Muka aku pulak rasa merah semacam je.patutnya dia yang blushing, ni apasal aku pulak?






"Kalau saya sudi pun, awak kena mintak izin dengan mak saya dulu," tenang dia menjawab dalam senyuman penuh makna.


"Kalau mak awak terima?"


"Saya pun terima la..." Tu maknanya dia pun sukakan aku la kan?


"Okey sekarang jugak saya tanya mak awak," belum sempat dia jawab aku dah berlari mendapatkan mak dia.nasib baik takde pelanggan

masa tu.


"Makcik saya nak kawin dengan Ika" Eh tadi aku nak ajak couple je kan? Ni apasal tiba-tiba aku cakap kawin pulak? Parah,parah.Dah lah aku tengok muka makcik tu serius je.


"Betul kamu nak kawin dengan Ika?' dia masih lagi serius. Aku hanya mampu angguk je.


"Cincin mana?" Hah cincin? mana aku ada bawak cincin.beli pun tak.


"Kamu nak melamar anak dara orang, tapi tak bawak cincin?" Dia dah buat gaya macam dalam filem Ibu Mertuaku pulak.kecut gak aku camni.


Tiba-tiba dia senyum.


"Makcik acah je.Raya ni bawak mak ayah kamu datang beraya rumah makcik.Kita boleh bincang," Biar betul makcik ni.tadi bukan main serius, ni senyum lebar pulak.Bikin suspen je tadi.


Tak sabarnya nak raya!




Bersambung lagi...hehe...


p/s:credit to farhan zuriyani :)