Monday, October 11, 2010

demi detik yang tersisa (part2)

“Intan, tolong tengok siapa yang call?”Ujar Haris Huzairie sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada Intan Wirdayu yang duduk di sebelah.Intan Wirdayu menyambut telefon bimbit itu. “Umi..”jawab Intan selepas melihat nama yang tertera di skrin.“tolong jawabkan boleh tak? Saya tengah memandu ni.”balas Haris Huzairie pula.Intan Wirdayu lantas menjawab panggilan itu.“Assalamualaikum Umi.”lembut Intan Wirdayu memberi salam.“waalaikumussalam.Ini Intan ya?”kedengan suara Hajah Safiah di hujung talian.“ya Umi, ini Intan.”“Intan sihat?”soal Hajah Safiah.“Sihat Alhamdulillah.Umi?”“Umi sihat..”“Umi nak cakap dengan….dengan…..”Intan memandang Haris Huzairie seketika.Haris Huzairie hanya membalas pandangan itu dengan senyuman.“….dengan Ab….Abang Haris ya….?”teragak-agak untuk dia menggunakan perkataan ‘Abang’ itu.Haris Huzairie tersenyum lebar melihat keadaan Intan Wirdayu ketika itu,“a’ah…dia ada?”soal Hajah Safiah.“ab…abang Haris tengah memandulah Umi.Nak saya sampaikan pesan?”“oh…ya ke.Tak apalah, Umi cakap dengan Intan jelah,malam nanti datang rumah Umi ya,dah lama Umi tak makan dengan anak-anak Umi.Balqis pun ada kat sini.”“oh ya…bila dia balik?”soal Intan kembali.“baru semalam.Teringin sangat dia nak jumpa dengan kakak ipar dia.”“oh…ya ke…nanti saya bagi tahu abang Haris.”“datang ya.Kirim salam Umi dan Abi pada Haris.Assalamualaikum.”“Waalaikumussalam.”Intan Wirdayu menamatkan perbualan.Haris Huzairie memandang Intan menantikan khabar dari Uminya.“Umi dan Abi kirim salam.”ujar Intan Wirdayu sambil menghulurkan semula telefon bimbit Haris Huzairie.“Waalaikumussalam.Tak apa, pegang dulu.Apa lagi Umi cakap?”“Umi ajak makan malam kat rumah dia malam ni.Balqis dah balik.”“oh ya?....so, Intan nak pergi tak?”soal Haris Huzairie.“saya ikut awak je.Awak pergi, saya pergilah.”jawab Intan Wirdayu ringkas.


Intan Wirdayu sibuk membelek barang yang dipamerkan di pasaraya besar itu.Haris Huzairie membontoti dari belakang sambil menolak troli.Sedang asyik membelek tiba-tiba Intan terlanggar seseorang.“maaf mak cik…..”ujar Intan lembut sambil membantu wanita yang berusia separuh abad itu mengutip semula buah tomato yang bertaburan.“maaf mak cik, saya tak sengaja.Makcik tak apa-apa?”Intan Wirdayu berasa bersalah.Haris Huzairie menghampiri Intan Wirdayu.“Mak cik tak apa-apa.”ujar wanita itu lembut.“kenapa ni?”soal Haris Huzairie pula.Baru sahaja Intan ingin menjawab soalan Haris Huzairie itu, matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.“mak tak apa-apa?”soal lelaki tadi pada wanita terbabit.“mak tak apa-apa.sikit je tu.”ujar wanita itu kembali.Lelaki tadi memandang pula Intan Wirdayu.Dia terpaku seketika. “…Ayu…”ujar lelaki itu.Intan Wirdayu masih pegun.Matanya sedikit berkaca.Hampir tiga bulan dia tidak melihat wajah yang pernah mengisi hatinya dulu.“kenal ke?”soal Haris Huzairie.Soalan dari Haris itu menyedarkan Intan Wirdayu dari lamunannya.“…ha….abang kenalkan, ini….ini Izkandar….Iz, ini suami saya, Haris.”Haris Huzairie bersalaman dengan Izkandar sambil tersenyum.“oh ya.Ayu, Haris ini mak saya.”Izkandar memperkenalkan ibunya.Giliran Intan Wirdayu bersalaman dengan ibu Izkandar.“baiklah, Iz, Mak cik, kami minta diri dulu.”ujar Intan Wirdayu ringkas sambil terus berlalu pergi.Haris Huzairie membontotinya.“pergi dulu.”sempat Haris Huzairie meminta diri sambil tersenyum.Izkandar memandang Intan Wirdayu pergi sehingga susuk tubuk kecil itu hilang disebalik rak-rak besar di pasaraya itu.“Siapa tu Iz?”soal wanita tadi pada Izkandar.“kawan.”ujar Izkandar ringkas.Intan Wirdayu melangkah laju meninggalkan tempat pertemuannya dengan Izkandar tadi.Haris Huzairie juga terpaksa berlari-lari anak untuk menyaingi Intan Wirdayu.“jadi itulah Izkandar? Kacak orangnya.”ujar Haris Huzairie.Intan Wirdayu memandang Haris Huzairie. “saya tahu, Izkandar tu kekasih awak sebelum awak terpaksa kahwin dengan saya.kan?”Intan Wirdayu kembali mengalihkan pandangannya kehadapan. “awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak.Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.”ujar Haris Huzairie selamba sambil tersenyum.Intan Wirdayu kembali memandang Haris Huzairie.Dari awal perkahwianan mereka, Haris asyik menyebut ‘bila tiba masanya nanti’ apa maksud dia?itulah persoalan yang terukir dibenak Intan Wirdayu sejak hari pertama perkahwinan mereka.

Haris Huzairie berjalan perlahan dari ruang makan menyertai bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Haris huzairie duduk di sofa bersebelahan bapanya.“macam mana, dah tiga bulan dah..”ujar Haji Amin selepas mereka berdua diam seketika.Haris Huzairie memandang Haji Amin sambil mengerutkan dahi.“apa yang tiga bulan?”soal Haris Huzairie.Haji Amin tergelak kecil dengan soalan Haris itu.“dah tiga bulan kamu kahwin , tak ada apa berita lagi ke?”soal Haji Amin lagi.“be…berita apa?”Haris Huzairie semakin keliru.Intan Wirdayu datang ke arah mereka sambil membawa talam berisi seteko kopi panas dan cawan.“yelah…dah tiga bulan, bila agaknye Abi dengna Umi nak menimang cucu.”terang Haji Amin.Hampir terlepas dulang yang dibawa oleh Intan Wirdayu sebaik terdengar kata-kata dari Haji Amin itu.Lantas Haji Amin dan Haris memandang Intan Wirdayu.Haji Amin tergelak kecil.Begitu juga dengan Haris Huzairie.“yelah Ery, Umi pun teringin benar nak menimang cucu.”celah Hajah Safiah pula.Merah padam wajah Intan Wirdayu ketika itu.Haris Huzairie memandang Wajah bersih Intan Wirdayu seketika.“tak ada rezeki lagi Umi, Abi.”ujar Haris Huzairie. ‘macam mana nak ada rezeki, tidur pun bilik lain-lain.’bisik hati Haris Huzairie.Intan Wirdayu hanya mendiamkan diri dari tadi.“apalah abang ni, Qis pun dah teringin nak jadi Mak Su.”celah Balqis pula.“nanti Qis kahwin, beranak banyak-banyak.”ujar Haris Huzairie.“apa pulak Qis, Qis ni belajar pun tak habis lagi.”Balqis membela diri.Hajah Safiah dan Haji Amin hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.“Intan, kamu macam mana? Seronok duduk kat rumah tu?”soal Hajah Safiah pula.“seronok Alhamdulillah.Cuma tulah, rumah tu besar, bila abang pergi kerja rasa sunyi pulak.”cerita Intan Wirdayu yang duduk di sebelah Balqis.“tulah Ery, Umi dah kata rumah tu besar sangat untuk korang berdua.Tapi dia nak juga beli rumah tu.”“alah Umi ni, Intan tak kisah pun.Kan Intan?”sampuk haris Huzairie.Intan Wirdayu mengangguk sambil tersenyum.“Lagipun rumah tu, Ery beli untuk Intan.Senang dia nak ada nak ramai.”ujar Haris lagi.“wah…untung Kak Intan dapat suami macam abang ni.Dapat hadiah rumah besar macam tu.Jealousnye…”ujar Balqis.“nanti, Balqis carilah boyfriend yang macam abang Qis ni.”ujar Intan Wirdayu.“susah nak cari lelaki macam Abang Ery ni.Abang ni spesis yang hampir pupus.Susah nak jumpa.”Balqis mencebik.Kata-kata Balqis itu mengundang tawa yang lain.Haris Huzairie turut ketawa.Dia memandang Hajah Safiah dan haji Amin.Mereka benar-benar bahagia dengan perkahwinannya dengan Intan.“Qis bila habis belajar, semester akhir kan sekarang ni?”soal Haris Huzairie.“Tiga bulan nanti habis la.Ha, nanti Abang dengan kakak ikutlah Umi dengan Abi ambil Qis kat sana.”ujar Balqis ceria.”“sana? Jordan?”soal Haris mencari kepastian.“tak lah, kat Mesir.Apalah abang ni, kat Jordan lah, kat mana pulak lagi.”ujar Balqis.“kakak ikut ya, nanti Qis bawa jalan-jalan kat Amman, dengan Kota Petra.”pujuk Balqis.“Kota Petra? Ohh…yang bangunan yang diukir dekat gunung batu tu ya?”“a’ah…Qis pernah pergi sekali dulu dengan kawan-kawan.Nanti nak pergi lagi dengan Umi dan Abi.Kak Intan ikut ya..”“Akak tak tahu, kena tanya abang.Akak ikut je.”ujar Intan Wirdayu“dah pukul sebelas dah ni, kami balik dululah Umi, Abi.”ujar Haris Huzairie sambil memandang jam dinding.Intan Wirdayu turut melirik ke arah jam tangannya.“lah…nak balik ke?Tidurlah kat sini.”ujar Hajah Safiah.Intan Wirdayu mula panik.Kalau mereka tidur disitu.Itu bermakna dia terpaksa tidur sebilik dengan Haris Huzairie.“ha’ah, tidurlah dekat sini, apa nak dikejarkan, esok kan sabtu.”tambah Haji Amin.Haris Huzairie lantas memandang Intan Wirdayu.Jelas terpancar keresahan diwajah Intan Wirdayu.“tak apalah Abi, kami baliklah,esok, pagi-pagi Ery ada temujanji dengan pelanggan.”Haris Huzairy memberi alasan.Lantas Haris Huzairie bangun dan bersalaman dengan Hajah Safiah dan Haji Amin.Intan Wirdayu turut berbuat begitu.“balik dulu ya Umi.”ujar Intan Wirdayu lembut sambil bersalaman dengan Hajah Safiah.“nanti datang lagi ya.”ujar Hajah Safiah.“Insyaallah.”jawab Intan Wirdayu.Intan Wirdayu dan Haris Huzairie berjalan beriringan keluar dari rumah dan menuju kekereta mereka yang diparkir diluar kawasan rumah Haji Amin dan Hajah Safiah.Seketika kemudian mereka mula bergerak meninggalkan rumah pasangan itu dan pulang kerumah mereka.

bersambung.....


p/s:credit to farhan zuriyani :)

No comments: