Tuesday, October 12, 2010

demi detik yang tersisa (part3)

Syamil menutup pintu biliknyanya perlahan.Langkah diatur menuju ke pintu Utama pejabat tersebut.Namun langkahnya terhenti.Dia memandang bilik Haris Huzairie.Masih berlampu.Syamil melangkah perlahan menuju kebilik tersebut.Pelahan pintu diketuk.Tiada respon.Sekali lagi pintu diketuk.Masih senyap.“ada orang ke tak ni?”soal Syamil sendirian.“haris…!!”sekali lagi pintu diketuk diikuti dengan panggilan dari Syamil.Masih sunyi seperti tadi.Syamil cuba memulas tombol pintu.Tak berkunci.Perlahan pintu dibuka.Syamil memerhati segenap ruang bilik.Tiada sesiapa.“Haris…Haris…kalau nak balik tu tutuplah lampu…”rungut Syamil sambil menggelengkan kepala.“aku tak balik lagilah…”sergah Haris dari belakang.“masyaallah..!!!!”Syamil terkejut.Haris Huzairie ketawa kecil melihat riaksi kawan karibnya itu.“engkau ni.!!! Nak gugur jantung aku ni tau tak…!!!”ujar Syamil sambil mengurut dadanya.Haris Huzairie selamba masuk ke dalam bilik itu dan duduk semula ditempatnya.Syamil turut masuk dan duduk dihadapannya.“kau pergi mana tadi?”soal Syamil pula.“aku pergi toilet jap..”ujar Haris selamba sambil memandang Syamil sekilas.“dah pukul sebelas ni, kenapa tak balik lagi?”soal Syamil lagi.Haris Huzairie memandang Syamil lagi.“Yang kau tu, kenapa tak balik lagi?”soal Haris Huzairie pula.“aku nak siapkan lakaran pelan banglo baru Tan Sri Hasyim tu.Malas aku nak bawak balik.”jawab Syamil bersahaja.Haris hanya tersenyum kecil dengan jawapan kawannya yang juga majikannya itu.“kau kenapa tak balik lagi?.Kasihan Intan tu kau tinggalkan sorang-sorang kat rumah.”Soal Syamil lagi masih tak berpuas hati.Haris hanya diam sambil menghadap komputer ribanya.“Haris, aku cakap dengan kau ni!!”Syamil sedikit berang.Haris masih seperti tadi , menumpukan perhatian pada komputer ribanya.“ai…. ‘meja’ kenapa kau tak balik lagi ‘meja’.”Syamil berlagak seakan-akan bercakap dengan meja tersebut.Haris Huzairie menoleh ke arah Syamil dan tergelak kecil.“hah…gelak pulak kau, dengar pulak aku cakap.Aku ingatkan aku bercakap dengan meja ni tadi.”ujar Syamil bersahaja.“aku dengarlah, aku belum pekak lagi.”balas Haris Huzairie.“dah tu?!”Haris Huzairie mendiamkan diri lagi.Tak tahu samada dia ingin cakap atau tak.Dia memang merancang untuk pulang lambat.Dia tidak mahu terserempak dengan Intan Wirdayu.Syamil merenung temannya itu lama.“kau……kau ada masalah dengan Intan ek?”duga Syamil.“Dugaan Syamil itu membuatkan Haris Huzairie tersenyum.Tepat sungguh dugaannya.“kenapa ni? Ceritalah dekat aku.”pujuk Syamil.Haris Huzairie berhenti dari menaip.Dipandang muka temannya itu sejenak.Lantas dia menyandar pada kerusi sambil meraup wajahnya yang kelihatan pucat.Syamil masih setia menunggu mulut kawannya itu terbuka untuk mula berbicara.“entahlah Syam.Aku sebenarnya malas nak balik.Aku takut nak jumpa Intan.”ujar Haris Huzairie lemah.“kenapa?”“beberapa hari lepas, Intan dah mula panggil aku ‘Abang’, dia kata dia dah bersedia untuk menerima aku sebagai suami dia dan bersedia untuk menjalankan tanggunngjawabnya sebagai isteri kepada aku sepenuhnya.”Haris Huzairie mula menceritakan masalahnya.“….kau…jawab apa kat dia?”soal Syamil lagi.“aku cakap…..baguslah.”“itu je?”Syamil mencari kepastian.Haris Huzairie mengangguk.“yang parahnya, aku rasa…….aku dah mula jatuh cinta pada dia.”bulat mata Syamil mendengar kata-kata dari Haris itu.“kau biar betul?! Kau jangan tambah masalah.Kau taukan, kau tak boleh jatuh cinta pada dia dan bukan setakat pada dia, kau tak boleh jatuh cinta pada sesiapaupun.”Syamil mengingatkan Haris huzairie.“aku tau Syam, aku tau tulah sebab aku masih ada kat pejabat ni pada waktu ni,aku nak elakan diri dari dia, mungkin dengan cara ni ,aku dapat lupakan perasaan aku pada dia.”Syamil mengeluh lembut mendengar kata-kata dari Haris itu.Dia begitu bersimpati dengan Haris Huzairie, orang lain begitu seronok dan bahagia bila dilamun cinta, tapi tidak untuk Haris Huzairie.Hanya dulu dia bahagia bila dilamun cinta, kini, jatuh cinta adalah sesuatu yang amat perit untuknya.“dah lah….sabarlah Haris.Aku sentiasa da dibelakang kau.Aku tau kau mampu lalui semua ni.”Syamil memberikan semangat.Haris hanya tersenyum dengan kata-kata Syamil itu.Syamil adala satu-satunya orang yang tahu tentang masalahnya.Syamil sentiasa bersamanya sejak dia mengetahui tentang berita itu.Kalau bukan kerana Syamil juga, dia tak mungkin akan dapat pekerjaannya sekarang ni.Tiada siapa yang mahu mangambil orang sepertinya sebagai pekerja.“kau ni dah makan ubat ke belum.Makin pucat aku tengok muka kau ni.”soal Syamil lagi.“dah…kau janganlah risau sangat.Lagi pun aku makan ke, tak makan ke, sama jugak.tak ada bezanya.”ujar Haris Huzairie bersahaja.“kau janganlah cakap macam tu, ajal maut ditangan tuhan.”kata-kata Syamil itu disambut senyuman hambar dari Haris huzairie.“oklah, kau nak duduk kat sini sampa bila? Tak nak balik?aku nak balik ni.”“aku nak siapkan ni sikit,dah siap nanti aku baliklah.”jawab Haris Huzairie.Syamil bangun dari duduknya dan mengambil semula beg yang diletak di lantai sebentar tadi.“oklah aku balik dululah.”ujar Syamil sambil bersalaman dengan Haris.“elok-elok jalan.”balas Haris Huzairie.Syamil memulas tombol pintu dan berlalu keluar namun, beberapa saat kemudian pintu itu kembali terkuak.Haris Huzairie memandang ke arah pintu.Kelihatan Syamil sedang berdiri tegak dipintu.“apa lagi?”soal Haris Huzairie.Syamil tersenyum.“jangan balik lambat sangat, aku dengar cerita, office ni berhantu.Jaga-jaga.”ujar Syamil sambil tersenyum.“ada-ada je kau ni.Dah pergi balik!!”ujar Haris Huzairie seakan menghalau.Kedengaran tawa Syamil memecah kesunyian pejabat tersebut.Syamil kembali menutup pintu bilik Haris dan berlalu pergi dengan tawa yang masih tersisa.Haris Huzairie tersenyum lebar sambil menggelengkan kepala.Kelakar betul Syamil ni.Ada saja modal nak buat Haris ketawa.Haris tahu Syamil sedang cuba menghiburkan hatinya supaya di tidak terlalu tertekan dengan masalahnya.


Perlahan Haris Huzairie membuka pintu rumahnya, jam tepat menunjukan pukul satu pagi.Pintu kembali ditutup dan dikunci.Niatnya mahu terus naik biliknya.Namun niatnya mati.Dia ternampak sekujur tubuh terbaring diatas sofa.Sayu Haris memandang tubuh itu.Haris Huzairie memandang pula meja makan,kelihatan makanan sudah siap terhidang.Haris duduk disisi sekujur tubuh itu.Haris memandang wajah isteri yang sudah dinikahinya enam bulan dulu.Perlahan Haris Huzairie menyentuh pipi putih milik Intan Wirdayu.Rambut lurus yang berjuraian di wajah Intan diselak perlahan.‘cantik sungguh awak Intan, bertuah siapa yang dapat memiliki awak.Kalaulah saya mampu membahagiakan awak..’ujar Haris Huzairie perlahan sambil membelai lembut rambut Intan Wirdayu.“abang dah balik..”Intan Wirdayu terjaga.Teguran Intan itu mengejutkan Haris Huzairie sehingga dia jatuh terduduk dilantai.“aduh….!!”Haris Huzairie mendengus perlahan.“abang buat apa duduk kat bawah tu?”soal Intan Wirdayu Hairan.“tak…tak..ada apa-apa.”ujar Haris Huzairie sambil berdiri.Intan Wirdayu turut bangun.Perlahan tangan Haris Huzairie diraih dan disalami.Beg dan blazer milik Haris dicapai.Penuh sopan santun.Haris Huzairie terdiam.Dia benar-benar sudah jatuh hati dengan isterinya itu.“abang dah makan? Intan dah siapkan makanan tu.Ujar Intan Wirdayu sambil menarik tangan Haris menuju ke meja makan.“alamak bang, dah sejuklah, sekejap ek, Intan panaskan.Abang duduklah dulu”Ujar Intan lembut.Intan meletakan blazer dan beg Haris diletak di kerusi.“ Intan..”panggil Haris.Intan berpaling ke arahnya.Haris mengambil semula blazer dan begnya.Intan Wirdayu hanya memerhati gerak geri Haris.“awak tak payah susah-susah.Saya dah makan dah.Awak simpan je semua ni.”ujar Haris Huzairie perlahan.“ta…tapi….”“Esok awak dah tak perlu siapkan makanan.Tak payah tunggu saya.Saya akan selalu balik lambat selepas ni.”ujar haris lembut memintas kata-kata Intan Wirdayu. Lantas terus meninggalkan Intan dan naik ke atas.Intan Wirdayu memerhati langkah suaminya sehingga hilang dari pandangan.



Intan Wirdayu duduk termenung diatas wakaf yang terletak di halaman rumah banglo itu.Fikirannya ligat memikirkan tentang perangai Haris Huzairie yang banyak berubah sejak kebelakangan ini.Wajah Haris juga kian pucat.Begitu juga susuk tubuhnya yang jelas semakin susut. ‘kenapa dengan abang Haris.’Intan teringat di saat dia memberitahu Haris yang dia sudah bersedia menjadi seorang isteri untuk suaminya, Haris Huzairie seakan tidak mengendahkannya.Bilik tidur masih berasingan.Lantas dia teringatkan peristiwa semalam.Dia sebenarnya sedar disaat Haris Huzairie membelai rambutnya.Dia dengar dengan jelas semua yang dikatakan oleh Haris Huzairie ketika itu.‘cantik sungguh awak Intan, bertuah siapa yang dapat memiliki awak.Kalaulah saya mampu membahagiakan awak..’ bergema kata-kata Haris semalam didalam kotak fikirannya. “apa maksud abang dengan semua ni?’Intan Wirdayu menyoal dirinya sendiri.“percayalah.ini semua tak lama.Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”“dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak.Awak tak perlu risau.Saya tak akan sentuh awak.” Ligat Intan mengingatkan kata-kata aris di malam pertama perkahwinan mereka dulu.Kata-kata yang jelas dapat diingat sehingga sekarang.‘semua ini tak akan lama? Tempoh yang masih tersisa?’ Intan mengulang semula ayat-ayat yang pernah diutarakan oleh Haris dulu.“awak tak perlu campak dia jauh-jauh dari hati awak.Bila tiba masanya nanti awak awak akan dapat bersama dengan dia semula.” ‘bila tiba masnya nanti?’Intan mengulang ayat yang selalu diucap oleh Haris.‘apa maksudnya?’Intan Wirdayu mula rasa tak sedap hati.Dia dapat rasa seakan ada sesuatu yang akan terjadi pada rumah tangganya.“ha!!!”tiba-tiba Intan Wirdayu disergah seseorang.“astaghfirullah al- azim….”hampir menjerit Intan Wirdayu dengan sergahan itu.Kedengaran suara tawa dari orang yang menyergahnya itu.“Balqis!! Terkejut akak!!”protes Intan Wirdayu.“Akak tulah, termenung jauh sangat, apa yang difikirnya tu.”ujar Balqis bersahaja sambil duduk disebelah Intan Wirdayu.“bagilah salam dulu lain kali…..”ujar Intan Wirdayu lagi sambil membetulkan tudungnya.“dah puas dah Qis bagi salam.Dari luar tadi.Akak tu je yang tak sedar.Nasib baik pagar tu tak kunci, bolehlah Qis masuk.”cerita Balqis panjang lebar.“yeke? Tak perasanlah akak.”“macam mana nak perasan, termenung jauh sangat.Akak termenungkan apa tu?”“tak ada apalah, jom masuk dalam.”ajak Intan sambil bangun dari duduknya.Lantas kaki diatur masuk kedalam.Balqis mengekorinya.“Qis duduklah dulu, akak ke dapur buat air sekejap.”ujar Intan Wirdayu, lantas langkah kakinya diatur terus ke dapur.Balqis memerhati gelagat kakak iparnya itu.Jelas kelihatan ada masalah yang menyelubungi kakak iparnya itu.Balqis mengekori Intan ke dapur.Balqis memerhati Intan dari pintu dapur.“Qis buat apa berdiri kat situ, kan akak suruh duduk kat depan tadi.Ujar Intan sebaik perasaan keberadaan Balqis dimuka pintu.Balqis tersenyum memandang Intan Wirdayu.Lantas Balqis mendekati Intan yang sedang membancuh air sirap didalam jag.“Abang Ery tak balik ke kak, dah pukul dua belas ni.Soal Balqis yang bersandar pada cabinet dapur.“abang…abang Ery…memang tak balik makan tengah hari.”jawab Intan sedikit gugup. “dah, jom pergi minum kat depan.” Ajak Intan Wirdayu sambil membawa dulang ke ruang tamu.Balqis mengekorinya.Perlahan Dulang yang berisa sejag air itu diletak di atas meja.Cermat Air sirap itu dituang kedalam gelas.“Umi dengan Abi sihat?”soal Intan kepada Balqis.“mereka sihat Alhamdulillah.”jawab Balqis ringkas.Kedua-dua mereka termati kata seketika.“Abang Ery selalu balik pukul berapa?”soal Balqis lagi.Intan terkelu lidah tiba-tiba.Dia tak tahu nak jawab apa.Takut tersalah jawab , Balqis dapat menghidu masalahnya.“dia selalu balik lewat.Banyak kerja.Pejabat dia ada projek baru sekarang ni..”“lambat tu pukul berapa?”soal Balqis lagi.Sekarng Intan benar-benar tersepit.Tak akan dia mahu menipu.“pukul….pukul…..”“pukul satu pagi?”duga Balqis.Intan tersentak.Macam mana Balqis boleh tahu?Intan menoleh ke arah Balqis.“Balqis ada kawan yang kerja di syarikat Abang Syamil tu.Dia bagi tahu, dia selalu Nampak Abang Ery balik lambat.Pernah sekali dia tertinggal barang kat Office, bila dia sampai Office dalam pukul 12.30 malam, dia Nampak Abang Ery masih belum balik.”cerita Balqis.Intan kembali menoleh kehadapan. “Akak dengan Abang Ery ada masalah ya?”soal Balqis tiba-tiba.Intan tersentak lagi.Dia termati kata.“tak…tak adalah.”dalih Intan.“akak tau tak sebenarnya, Syarikat tu belum ada projek besar pun sekarang ni.Cuma projek-projek biasa je.Tak ada sebab kenapa abang Ery perlu balik selewat itu.”Intan terdiam mendengar kata-kata Balqis itu.Dia sendiri tahu mengenai perkara itu.Dia yang sengaja mereka cerita tentang ‘projek baru’ itu.“lagi satu Balqis nak tanya.”Balqis bangun dan duduk semula disebelah Intan Wirdayu. “betul ke Abang Ery sakit?”soal Balqis.Intan tersentak lagi dengan soalan itu.“Abang Ery sakit?”Intan mengulang semula soalan Balqis.“dia sakit apa?”soal Intan kembali.“entah, Qis tak tahu, kawan Qis tu yang cakap.Dia Kata abang Ery dah makin kurus , muka nya pucat…Akak tak perasan apa-apa perubahan pada abang Ery?”“ada….dia memang dah semakin kurus, mukanya makin pucat….dia selalu batuk-batuk.Selalu jugak akak Nampak dia jalan terhoyong-hayang macam nak pitam.risau akak tengok dia.”“akak ada tanya dia?”soal Balqis.Intan terdiam.Dia belum berkesempatan nak tanya.Pagi-pagi lagi Haris Huzairie telah keluar dan pulang lewat malam.Perlahan Intan menggeleng.



p/s:credit to farhan zuriyani :)