Wednesday, October 13, 2010

demi detik yang tersisa (part4)

“tuk…tuk…tuk…”kedengaran pintu diketuk.“masuk.”ujar Haris Huzairie.Seketika kemudian, pintu dikuak dan terjojol wajah Syamil mengukir senyuman.Haris Huzairie membalas senyuman itu.“nah…ini projek terbaru kita.Ujar Syamil sambil menyerahkan sebuah fail pada Haris Huzairie.Haris menyambut fail tersebut dan membeleknya.“rumah kedai?”Syamil mengangguk.“kalau nak ikutkan aku, aku nak bagi projek ni kat Ikram.Aku nak kau duduk rumah diam-diam.Rehat je.Tapi kau yang bereia-ia nak uruskan projek tu.”ujar syamil sambil membelek-belek pelan banglo yang telah disiapkan oleh Haris Huzairie.“kau ni, macam nak berhentikan aku kerja je..”Ujar Haris Huzairie seakan merajuk.Syamil tergelak kecil.“tak adalah macam tu, aku Cuma risau tengok kau ni.Makin hari-makin tak bermaya.”“aku masih mampu bekerja Syam.Aku ni ada tanggungan.Kalau aku tak kerja, siapa nak bagi Intan tu makan?”Ujar Haris Huzairie pula.Syamil tersenyum mendengar kata-kata dari Haris itu.Syamil merenung Haris lama.Timbul perasaan kagum dalam dirinya.Haris begitu tabah mengharungi semua dugaan ini.“kenapa kau tenung aku macam tu?”soal Haris kehairanan.Syamil tersenyum lagi.“tak ada apa, cuma, aku rasa kagum tengok kau.Kau boleh tenang hadapi semua ni.Kalau akulah, dah lama aku cari mana-mana pulau terpencil yang tak ada orang dan menyorok kat situ.”ujar Syamil.Kini Haris pula ketawa kecil mendengar kata-kata Syamil itu.“kau ni, ada-ada je.Kalau macam tu, aku syorkan kau pergi Pulau Jerjak kat Pulau Pinang tu.Kat situ memang atak ada orang.”Haris Huzairie berseloroh.Pecah tawa mereka berdua.“tapi aku serius ni, memang aku kagum tengok kau.”Syamil mengulang kata-katanya tadi.Haris tersenyum Hambar.Dia diam seketika.“Allah tak akan datangkan sesorang itu dugaan melainkan dia menyayanginya.Allah pun tidak akan menadatangkan dugaan yang tidak mampu dihadapi oleh umatnya.Itu janji Allah Syam.Ini semua dugaan dan ujian yang Allah berikan pada aku.Nak tak nak aku kena lalui.Aku tiada pilihan.Kadangkala hidup kita ini disajikan dengan pelbagai pilihan.Ada yang baik dan ada yang buruk.Tapi , kadang kala Allah hanya memberikan kita satu pilihan.Baik atau buruk, mahu tidak mahu, kita kena lauinya dan yang pasti itulah jalan terbaik untuk kita.Aku yakin ada hikmah disebalik semua ni.”ujar Haris panjang lebar.Syamil memandang Haris Sayu.Haris sudah pasrah dengan segalanya.“lagipun, cuba kau fikir dari sudut positif, sekurang-kurangnya, aku berpeluang untuk bertaubat dan buat apa yang aku patut buat sebelum aku tinggalkan dunia ni.”tambah Haris.“kau janganlah cakap macam tu, aku sedih tau setiap kali kau cakap macam tu.”Haris tersenyum mendengar kata-kata Syamil itu.“oklah, aku nak sambung balik kerja aku tu.Kau kalau tak mampu nak buat projek tu kau bagi tahu aku, aku boleh serahkan projek tu pada Ikram.”“tak apa, aku masih mampu nak buat.”ujar Haris Huzairie sambil tersenyum.



Haris huzairie memulas tombol pintu rumahnya perlahan.jam sudah menunjukan pukul 12.30 malam.Sengaja dia balik lebih awal sedikit dari kebiasaan.Hari ini dia terasa amat penat.Badannya lemah dan kepalanya sakit.Perlahan pintu ditutup kembali.Haris terdiam seketika.Dia ternampak Intan Wirdayu tertidur di sofa. ‘dia tunggu aku lagi.’ujar hati kecilnya.Haris mendekati Intan.Ditenung wajah isterinya itu lama. ‘maafkan saya Intan, saya tak mampu mengotakan janji saya dulu.Saya tak mampu membahagiakan awak.Saya tahu awak tak bahagia bersama saya.’Bisik hatinya.Haris mendekati Intan.Cermat tubuh Intan diangkat.Haris membawa Intan naik ke biliknya.Haris membaringkan Intan dikatil dan diselimutkan.Haris duduk sebentar dibirai katil.‘maafkan saya Intan.’ujarnya perlahan.Haris bangun semula dan menuju ke pintu.“Abang..”kedengaran suara Intan lemah.Haris memberhentikan langkah.Dia menoleh ke arah Intan.“Abang baru balik?Nak Intan siapkan makan?”soal Intan sambil bangun dari pembaringanya.Haris hanya memandang Intan sayu. “kenapa Intan ada kat sini? Abang angkat Intan ya tadi?”soal Intan yang keliru.“Intan, kan saya dah kata, tak payah tunggu saya.”ujar Haris lembut.Intan terdiam seketika.Haris berpaling dan berniat untuk meninggalkan bilik itu untuk balik kebiliknya.“Abang, nanti!!”Intan besuara tegas.Haris termati langkah.“Kenapa Abang buat saya macam ni?Saya Isteri Abang.Benar dulu saya yang menolak Abang sebagai suami.Tapi itu dulu, sekarang saya dah bersedia untuk menjadi Isteri abang secara mutlak.”“awak tak faham Intan.Awak tak faham.”ujar Haris perlahan.“kalau macam tu, buat saya faham.”“awak tak akan faham.”balas Haris dan memulakn semula langkahnya.“nanti..!!”tahan Intan.Intan memintas Haris dan berdiri dihadapannya.“Abang sakit ke? Kenapa bang semakin krus dan semakin pucat sekarang ni?”soal Intan perlahan.“tak…saya tak sakit.”dalih Haris.“Abang, saya isteri abang, saya perlu tahu, saya risau tau.”Intan menyurakan kebimbangannya.“Intan…”Haris bersuara lembut.Tangan Intan diraih dan digenggam erat.Haris membawa kedua-dua tangan itu lalu dicium.Intan terkesiama seketika.“Abang sihat.Abang tak apa-apa.Intan tak perlu risau.Abang tak apa-apa.abang cuma letih je.Intan jangan risau ya.Dah lewat dah ni, pergi tidur.”ujar Haris lembut.Tangan Intan kembali dilepaskan dan Haris bergerak menuju kebiliknya.Intan pegun disitu. ‘Abang?’seakan tak percaya Haris membahasakan dirinya Abang.Adakah itu tanda yang menunjukan Haris sudah mula menerimanya?



Intan menuruni tangga perlahan sambil mengikat rambutnya.Niatnya mahu kedapur terbantut apabila telefon berbunyi.Intan melirak ke arah jam dinding.Jam menunjukan pukul 8.15 pagi.“Siapa pulak yang telefon awal-awal pagi ni?”soalnya sendiri.Langkah diatur ketefon dan perlahan gagang cordless phone itu di angkat.“assalamualaikum.”Intan member salam.“Waalaikumussalam.Intan ya?”soal suara lelaki di hujung talian.“ya, siapa ni?”soal Intan kembali.“Syamil, ingat lagikan?”“ohh…Syamil.Mestilah ingat.Kenapa ya?”“Haris ada kat rumah?”soal Syamil.Intan mengerutkan dahi.Kebiasaannya, awal-awal pagi lagi Haris sudah ke tempat kerja.“Selalunya, awal-awal pagi lagi dia dah ke tempat kerja.Dia tak ada kat Offiece ke?”soal Intan pula.“dia tak ada.Tu yang saya call ni.”balas Syamil pula.Intan melirik ke luar rumah.Dia ternampak kereta Haris masih berada diluar.“sekejap, saya periksa dulu.Nanti saya telefon balik.”ujar Intan lantas dia meletakan semula gagang telefon.Dia mula berasa tak sedap hati.Dia cemas.Lantas langkah diatur ke tingkat atas semula.Pintu bilik Haris diketuk.“Abang…”panggil Intan.“Abang…abang ada kat dalam ke?”soal Intan lagi sambil mengetuk pintu bilik Haris sedikit kuat dari tadi.Masih senyap.Intan lantas memulas tombol pintu bilik tersebut.Kelihatan Haris masih terbaring diatas katil.Intan menghampiri Haris.Wajah Haris ditenung lama.Pucat sungguh.Bibir merahnya menjadi putih seakan tiada langsung darah mengalir ke situ.Intan Wirdayu resah.“Abang..”Intan menggoncang sedikit tubuh Haris.“Abang..!!!”Haris masih diam.Kaku tubuhnya.“Abang!!!”Intan menggoncang dengan lebih kuat.Masih tiada tindak balas.Haris Huzairie tidak sedarkan diri.



Intan Wirdayu berlari-lari anak mendapatkan Doktor Syafiq.Syamil, Balqis, Haji Amin dan Hajah Safiah mengekori dari belakang.“suami saya macam mana Doktor.”Soal Intan dalam tangisnya.Doktor Syafiq merenung Intan lama.Intan semakin resah.“Puan ni isteri Encik Haris”soal Doktor Syafiq.Intan Mengangguk laju.“Puan tolong ikut saya sebentar.”ujar Doktor Syafiq.Intan akur dan mengekori Doktor tersebut.Ahli kelurga Haris yang lain masuk ke dalam wad untuk melawat Haris.

“Puan, saya terpaksa melakukan pemeriksaan keatas puan.”ujar Doktor Syafiq sebaik mereka sampai ke bilik Doktor Syafiq.“Kenapa ni Doktor? Suami saya sakit apa?”soal Intan sediki panik.Namun dia akur dan mengikut semua jenos pemeriksaan yang dijalankan.“Sampel darah ni saya akan bawa ke makmal dan tak lama lagi kita boleh tahu keputusannya.”ujar Doktor Syafiq lagi selepas mengambil sampel darah dari Intan.“Puan ada anak?”soal Doktor itu lagi.Intan menggelang.“kenapa ni Doktor?, tolonglah bagi tahu saya.Suami saya sakit apa? Kenapa pula saya kena buat semua ujian ni?”“Puan, suami puan adalah penghidap AIDS dan HIV positive.Saya takut Puan akan dijangkiti oleh penyakit tu.Itulah sebab puan perlu menjalani semua ujian tadi supaya dapat dikesan dari awal.”terang Doktor Syafiq.Intan terpempan.Dia tersandar pada kerusi seakan tak percaya.“Dok…Doktor cakap apa tadi? H…HIV?”Perlahan Doktor Syafiq mengangguk.Intan berasa seakan masa depannya gelap.Harapan untuk hidup bahagia dengan Haris punah.Hatinya hancur.Dia berasa tertipu.Rupanya Haris bukanlah sebaik yang disangka.Intan bangun dan terus keluar dari bilik Doktor Syafiq.Dia menyandar pada dinding.Air matanya jatuh laju.Dia benar-benar kecewa.Dia langsung tak pernah menyangka yang haris adalah orang yang sebegitu.Langkah diatur laju.Intan berlari meninggalkan Hospital itu.



bersambung...



p/s:credit to farhan zuriyani :)

No comments: