Wednesday, October 13, 2010

demi detik yang tersisa (part5-tamat)

Perlahan Haris membuka matanya.Sudah dua hari dia tidak sedarkan diri.Pandangannya bertukar terang perlahan-lahan.Haris memerhati wajah-wajah di sekelilingnya.


“Haris…”kedengaran suara Syamil perlahan.Haris cuba mengukir senyuman.Haris memandang pula dua lagi wajah di sebelah kirinya.Balqis dan Ikram tersenyum memandangnya.


“abang kat mana Qis?”soal Haris perlahan.Sebaik melihat keadaan asing disekelilingnya.


“Abang kat Hospital.”ujar Balqis perlahan air matanya mula menitis.


“kau pengsan masa kau tidur.Intan yang bawa kau kesini.”sambung Syamil.


“Intan? Mana Intan?”soal Haris sambil melihat sekelilingnya mencari kelibat Isterinya itu.Syamil tertunduk.Begitu juga Balqis dan Ikram.


“Mana kak Intan , Qis?”soal Haris lagi.Balqis menggeleng perlahan.


“apa dah jadi ni?! Tolonglah bagitahu aku?!”Haris sedikit bengang.Dia benar-benar keliru dengan apa yang berlaku.Dia bingung.Perkara terakhir yang dia ingat adalah malam ketika dia mengangkat Intan kebilik.Kemudian dia tidur dan apabila sedar, dia disini.


“Intan dah tahu penyakit kau.Bila dia dapat tahu, dia….dia terus lari.Kami tak tahu dia dimana sekarang.Mungkin dia dekat rumah keluarganya.”cerita Syamil.


“Intan dah tahu?”soal Haris seakan tak percaya.Pandangannya dialih pula pada Balqis.Seakan mengerti maksud pandangan Haris itu.Balqis mengangguk.


“Qis dah tahu bang.Umi dengan Abi pun dah tahu.”cerita Balqis perlahan.


“Qis ….tak marah dengan abang?”soal Haris perlahan.Balqis hanya terdiam.Ya, dia memang marah.dia memang kecewa.kecewa sangat.Dia tdak pernah menyangka Haris boleh dapat penyakit itu.Tapi dia juga tidak mampu menipu diri sendiri.Dia sayangkan Haris.Dia sayangkan satu-satumya abangnya itu.Haris baring kembali.Dia memejamkan mata, rapat.Mutiara jernih dari matanya mengalir keluar perlahan.Haris kembali membuka matanya.Dia merenung wajah-wajah di sekelilingnya.


“Qis…”panggil Haris lembut.Balqis memandang Haris.


“boleh tolong ambilkan abang air?”Balqis memandang ke meja kecil di tepi katil.Tiada air disitu.


“Qis pergi beli kejap ya bang.”ujar Balqis lalu berlalu keluar dari wad VIP tersebut.


“Ikram..”panggil Haris lagi selepas Balqis pergi.


“ya , Encik Haris.”ujar Ikram sambil merapati Haris.Haris tersenyum mendengar panggilan itu.


“Tak payah panggil ‘Encik’ kita bukannya kat office, lagipun Bos kita ni dah pecat saya.”ujar Haris sambil menjeling pada Syamil.


“bila pulak aku pecat kau.”bantah Syamil.Haris ketawa kecil.Begitu juga Syamil dan Ikram.


“Ikram, panggil abang je.Lagi pun, abang tahu, kamu suka kat Balqis kan?”duga Haris.Ikram tersentak.Merona merah wajahnya menahan malu.Haris tersenyum lagi.


“janji dengan abang, tolong jaga Balqis elok-elok.”ujar Haris.Ikram tersentak lagi.Kehadirannya disitu pada asalnya hanya untuk menziarahi seorang rakan sekerja.Tak sangka lain yang jadi.


“Balqis tu nakal sikit.Nak kena ada orang yang selalu nasihatkan dia dan kawal dia.Kalau tak, jauh tersasar budak tu.Apa yang abang Nampak, kamu orang yang paling sesuai untuk jaga dia lepas abang dah tak ada.”ujar Haris lagi.


“Haris, kan aku dah kata jangan cakap macam tu!!”pintas Syamil.Dia memang tak suka kalau Haris menyebut tentang kematian.Haris tersenyum memandang Syamil.Pandangannya kembali dialih pada Ikram.


“janji pada abang ya?”soal Ikram inginkan kepastian.Ikram bungkam.Dia tak tahu apa nak cakap.


“Ikram…”


“baiklah, saya janji…abang.” Ikram berjanji akhirnya.Haris tersenyum lega.Rasa terlepas bebannya.Haris memandang Syamil pula.


“Syam….boleh tolong aku?”soal Haris.


“apa dia?”soal Syamil pula.Haris kembali memandang Ikram.


“Ikram boleh tolong abang sekali lagi?”soal Haris lagi.Ikram hanya mengangguk.


Haris menoleh kebelakang apabila terdengar pintu dibuka.


“assalamualikum…”ucap Syamil dimuka pintu.Haris tersenyum.


“waalaikumussalam..Dah masuk baru nak bagi salam.”sindir Haris.Syamil tersenyum sambil menutup semula pintu.Haris kembali memandang ke luar dari balkoni kondonya.Syamil bergerak ke dapur kondo itu dan menyimpan bekalan makanan yang dibawanya ke dalam peti ais.


“makanan ni semua aku letak dalam peti ais.”laung Syamil dari dapur.


“ha…”jawab Haris acuh tak acuh.Syamil menuang air kosong ke dalam gelas.Perlahan dia menghampiri Haris.


“nah…”Syamil menyerahkan segelas air kepada Haris.


“terima kasih.”ucap Haris ringkas sambil menyambut huluran itu.Syamil memandang Haris lama.Wajah teman karibnya itu makin pucat. ‘ kasihan Haris, tak pasal-pasal jadi mangsa kecuaian orang lain.’bisik Hati Syamil.Seketika kemudian kedengaran keluhan kecil dari Haris.


“kenapa pulak ni?”soal Syamil.Haris tersenyum mendengar soalan Syamil itu.


“tak ada apalah.”


“Haris, aku tahu ada sesuatu dalam fikiran kau sekarang ni.Ceritalah kat aku.Mana tau aku dapat tolong kau.”ujar Syamil pula.


“kau dah banyak sangat tolong aku Syam.Aku ucap terima kasih banyak-banyak.Dahlah, tak payahlah kau tolong aku lagi.Kau pun perlukan masa untuk diri kau.Tak kan 24 jam kau asyik nak tolong aku je.”


“Haris, aku tolong kau ni ikhlas tau.Aku tak pernah terfikir nak minta balasan ke apa.Aku pun tak rasa yang pertolongan aku ni membebankan aku.Kau kawan baik aku sejak kita sekolah lagi.Aku dah anggap kau macam ahli keluarga kau sendiri.”Haris tersenyum mendengar pengakuan ikhklas dari Syamil itu.Mereka berdua senyap seketika.Masing-masing melayan perasaan sendiri.


“…aku rindu kat Intanlah…”beritahu Haris perlahan.Syamil hanya mendengar.Sudah sebulan Intan melarikan diri dan sudah sebulan juga Haris menyembunyikan dirinya di kondomunium itu.Hanya Syamil dan Ikram yang tahu keberadaannya disitu.


Puan Suraya menghampiri anak tunggalnya yang sedang duduk termenung di beranda rumah.


“Intan.”tegur Puan Suraya lembut sambil memegang bahu Intan.


“eh…Ibu.”Intan tersenyum.


“apa dimenungkan tu?”soal Puan Suraya.Intan hanya tersenyum hambar.


“Intan, Ibu nak cakap sikit ni…”ujar Puan Suraya.Intan memandang Ibunya itu.


“dah sebulan Intan, kamu tak nak balik ke?”Intan tersentak dengan soalan itu.


“Ibu, Intan belum boleh terima lagi bu.Intan tak sangka dia boleh dapat penyakit kotor macam tu.Entah apa yang di buat dekat Amerika tu sampai dia boleh dapat penyakit tu.Lepas tu balik sini berlagak alim.”ujar Intan lantang.


“astaghfirullah al-azim.Intan!! kamu sedar tak apa yang kau cakap ni? Haris tu suami kamu!!”Puan Suraya sedikit meninggikan suara.


“Ibu, kalau dia tak buat perkara-perkara maksiat macam tu, macam mana dia dia boleh dapat penyakit tu?! Intan tak boleh teriam Bu, Intan tak boleh.”


“Sudah tu Su, biarkan dia.Kita dah bagi dia Ilmu yang cukup.Macam dia tak tahu apa hukumnya seorang Isteri keluar rumah tanpa izin suami.Inikan pulak lari dari rumah.Sudah biarkan dia.Biar dia fikir sendiri.Dah mati laki dia tu nanti, baru dia tahu langit ti tinggi ke rendah.!!”marah Encik Syafie.Lantas dia melangkah ke motorsikalnya dan terus menghidupka enjinnya dan bergerak meninggalkan rumah kayu itu menuju ke surau untuk solat asar berjamaah.Encik Syafie memang kecewa apabila mendapat tahu penyakit Haris.Tapi dia lebih kecewa dan marah dengan tindakan Intan lari ke sini, meninggalkan Haris keseorangan.Intan terpana dengan kata-kata Encik Syafie tadi.Begitulah layanan Encik Syafie sejak dia balik ke rumah itu.Puan Suraya mengusap-usap belakang Intan menenangkannya.Air mata Intan mengalir laju.


Syamil membuka pintu kondo milik Haris.Dia memang diberikan kunci oleh Haris supaya dia bebas keluar masuk.Syamil baru sahaja pulang dari rumah banglo milik Haris.Segala urusan tukar milik banglo tersebut dan kereta milik Haris telah pun selesai.Dia ke banglo tersebut untuk meletakan semula geran rumah dan geran kereta ditempat seperti yang diminta oleh Haris. “Assalamualaikum.”Syamil memberi salam.Syamil duduk disofa diruang tamu dan membuka televisyen. “Haris…”panggil Syamil.Tiada sebarang sahutan.”Haris!!!”panggil Syamil dengan suara sedikit meninggi. ‘kemana pulak Haris ni, keluar ke?’ soalnya sendiri.Syamil melirik ke arah jam tangannya. ‘dah pukul 12.00, tak kan tidur lagi?’ ujar Syamil lagi.Syamil bangun dan menuju ke bilik Haris.Perlahan pintu di ketuk.Tiada tindak balas. “Haris..”panggil Syamil lagi sambil mengetuk pintu.Masih tiada jawapan.Perlahan pintu bilik Haris dibuka.Mata Syamil melilau mencari Haris .Tiada.Haris terpandang pintu bilik air didalam bilik itu terbuka dan terdengar juga bunyi air.Syamil mengerutkan dahi. ‘tengah mandi ke? Tapi takan pintu dibiar terbuka kot.’ “Haris..”panggil Syamil lagi sambil mendekati bilik air itu. “Haris!!”Syamil kaget.Haris terbaring lesu didalam bilik air.Haris pengsan lagi.

“Akak, Akak tahu kat mana abang Ery?”tersentak Intan mendengar soalan dari Balqis itu.Intan hanya menggeleng perlahan.


“Dia dah hilang kak.Dia keluar dari Hospital senyap-senyap dan terus menghilangkan diri.”cerita Balqis lagi.Intan masih bungkam seakan tidak mahu ambil tahu.


“Kak Intan! Kak Intan ni kenapa?! Abang Ery tu suami akak, akak boleh buat tak tahu je macam ni?”Balqis meninggikan suara.Intan Tersentak.


“Balqis!! Qis tahu tak betapa sakit hati akak bila tahu dia dapat penyakit tu?! Akak kecewa tahu tak? Akak tak boleh terima dia berperangai macam tu dulu?!”Intan sedikit berang.


“Berperangai macam mana?”


“Kalau dia tak buat benda-benda maksiat, dia tak akan dapat penyakit tu.Entah berapa ramai perempuan tidur dengan dia masa kat Amerika tu.Balik sini buat-buat alim.”selar Intan.


“Kakak!!!”Balqis sedikit bengang bila Intan berkata begitu pada abangnya.


“Balqis kenal Abang Ery lebih lagi dari kakak.Dia tahu hukum hakam agama, dia tak akan buat benda-benda macam tu.!!”Selar Balqis pula.


“Habis tu, macam mana dia boleh dapat penyakit kotor tu?!”Balqis lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.Sampul surat bersaiz A4 itu dicampak ke atas meja.


“Abang Ery terlibat dalam satu kemalangan di Amerika dulu.Dia kehilangan banyak darah.Dan salah satu pain darah yang diterimanya ketika dirawat dihospital tercemar dengan virus tu.Itulah sebab kenapa dia boleh dapat penyakit ni.”Intan tersentak dengan kata-kata Balqis itu.


“Ini bil pembiayaan rawatan yang ditanggung oleh sebuah Hospital di San Francisco.”Bentak Balqis.Air matanya jatuh berlinangan.Dia sungguh kecewa dengan sikap Intan.Lantas Balqis bangun menuju ke tangga beranda rumah kayu itu.


“baliklah kak.Sebelum terlambat.”Balqis bersura lembut sebelum turun dari rumah tersebut.Perlahan pintu keretanya dibuka dan dia masuk ke dalam.Enjin kereta dihidupkan dan dia beredar meninggalkan rumah itu.Intan memerhati Balqis pergi.Sebaik Balqis hilang dari pandangan , Intan mengambil Sampul surat yang diberikan oleh Balqis tadi.Perlahan sampul surat itu dibuka dan dikelurkan isinya.Air mata Intan mula berlinangan. ‘ Ya Allah, apa aku dah buat ni?’


Syamil melangkah perlahan masuk ke dalam wad yang menempatkan Haris.Haris masih tidur.Syamil memandang temannya itu sayu.Dia tahu Haris sudah tidak punya banyak masa.Tapi dia tidak mahu memikirkan tentang itu.Dia takut untuk menghadapi kenyataan.Syamil meletakan termos serta buah-buahan yang dibawanya di atas meja kecil disebelah katil Haris.Syamil duduk disebelah Haris.Perlahan mata Haris terbuka.


“Syam….”ujar Haris perlahan.Syamil hanya tersenyum.


“bila sampai?”soal Haris.


“baru je.Ini, aku bawakan kau milo panas.Buah pun ada.”ujar Syamil sambil menunjukan termos dan seplastik buah-buahan yang dibawanya.


“Terima kasih.”ucap Haris ikhlas.Haris bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil.Syamil membantu Haris bangun.


“Haris, kau tak nak bagitahu family kau ke yang kau ada kat sini?”soal Syamil.Haris tersenyum mendengarkan soalan itu.


“kenapa? Kau pun dah tak nak uruskan aku? Tak apalh, tinggalkan saja aku.Kau pergilah uruskan hal kau.”


“Haris!! Apa kau ni?! Aku tak berniatpun macam yang kau cakap tu.Aku cuma rasa, family kau ada hak nak tahu.Kau tahu tak keluarga kau tengah sibuk cari kau sekarang ni.”cerita Syamil.Haris terdiam.


“Aku bukan tak nak bagi tahu.Aku cuma tak mahu mereka malu.Abi aku tu Imam kat taman perumahan tu.Apa orang sekeliling akan cakap kalau mereka tahu anak Haji Amin penghidap AIDS?”


“Abi kau tak akan kisah pasal semua tu.”pujuk Syamil.


“ya, aku tahu.Abi aku memang taka akan pernah kisah pasal semua tu.Tapi aku kisah.Aku tak nak keluarga aku dapat malu sebab aku.”tegas Haris.Syamil hanya mendengar.Ada benarnya kata-kata Haris itu.


“biarlah…..biarlah aku pergi seorang-seorang kat sini.Sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan sesiapa.”sambung Haris lagi yang berselang seli dengan batuk .


“Haris, janganlah cakap macam tu.”pujuk Syamil.


“Syam…boleh aku mintak tolong kau satu je lagi.Ini kali terakhir aku akan mintak tolong dengan kau.”Syamil mengangguk.


“aku mintak, lepas aku dah pergi nanti, kau tolong uruskan jenazah aku.”


“apa kau cakap ni Haris?!!”Syamil sedikit meninggikan suara.Haris tidak terkejut dengan riaksi itu.Dia faham benar dengan Syamil.Syamil memang tidak suka bila dia bercakap tentang isu itu.


“Syam…kau kena terima kenyataan.Aku dah tak lama Syam.”ujar Haris perlahan dengan batuk yang dari tadi tidak menunjukan tanda akan berhenti.


“Haris…..”


“tolong Syam, ini harapan aku.Aku harap kau akan tolong tunaikan harapan terakhir aku ni.”Haris separuh merayu.


“Haris..”Syamil tertunduk.Air mata yang ditahan sejak dulu supaya tidak tumpah dihadapan Haris akhirnya tumpah jua.Syamil menangis buat pertama kalinya dihadapan orang lain sejak dia berusia 12 tahun.


“kau menangis Syam?”soal Haris sekan tak percaya dengan apa yang dilihat.Syamil lantas berpaling ke tempat lain bagi menyembunyikan kesedihannya.


“Syam…”panggil Haris lembut.Syamil mengesat air matanya dengan tangan dan kembali memandang Haris.


“boleh ya?”Haris masih mengharap harapan terakhirnya itu dapat ditunaikan.Syamil mengangguk perlahan.Haris tersenyum lega.


Intan mengheret begnya keluar dari bilik.Dia tekad, dia perlu pulang kepada Haris.Tempatnya buka disini, tempatnya bersama Haris.


“Nak ke mana ni Intan?”soal Puan Suraya yang baru datang dari dapur.


“Ibu…”Intan berjalan perlahan mendapatkan ibunya.Perlahan tubuh Puan Suraya dipeluk.Puan Suraya hanya membalas pelukan itu.


“Ibu, Intan nak balik.Intan nak minta maaf kat Abang Haris.”ujar Intan.Puan Suraya tersenyum.Akhirnya terbuka juga hati anaknya ini untuk pulang ke pangkuan suaminya.


“Yalah, pergilah nak, memang itu yang patut kamu buat dari dulu lagi.”ujar Puan Suraya lembut sambil membelai lembut bahu Intan.


“Intan pergi dulu Ibu.”Intan meraih tangan Puan Suraya lalu disalami.Intan mengambil semula begnya dan bergerak untuk pergi.Sampai di pintu, Intan termati langkah seketika.Encik Syafie muncul dipintu.Perlahan tangan encik Syafie juga diraih dan disalami.


“Intan nak balik Ayah.”ujar Intan perlahan.Usai bersalam.Intan berjalan perlahan ke beranda rumah.Baru sahaja kakinya menjejak ke anak tangga yang pertama Encik Syafie memnaggilnya.


“kamu nak keluar dengan apa?”soal Encik Syafie.Intan hanya terdiam.Niatnya hanya mahu berjalan kaki ke jalan besar sebelum mendapatkan bas.


“Jom, ayah hantar ke Bandar.Kamu naik bas dari sana ke KL.”ajak Encik Syafie sambil menuruni tangga dan masuk ke dalam keretanya yang diparkir dibawah rumah.Intan Memandang Puan Suraya yang berdiri memerhati di pintu.Puan Suraya tersenyum dan mangangguk.Intan membalas senyuman itu dan lantas mengatur langkah menuju ke kereta Encik Syafie.


Tergesa-gesa Intan Wirdayu keluar dari perut teksi.Kelihatan kereta milik Haeis Huzairie masih ada diluar.Segaris senyuman terukir diwajahnya.Air matanya dikesat.Pintu pagar ditolak, namun berkunci.Intan Wirdayu membuka mangga di pintu pagar itu.Jantungnya mula berdetak laju.Seaakan ada yang tak kena.Langkah diatur laju menuju ke pintu.Terkocoh-kocoh pintu besar itu di buka.


“abang…Abang Haris….”panggil Intan sebaik melangkah masuk.Langkahnya diatur naik ke tingkat atas.


“Abang…”panggil Intan lagi.Air matanya jatuh semula.Hatinya yang sedikit tenang tadi kembali bergolak.


“tuk…tuk…tuk….”pintu bilik Haris diketuk.


“Abang, ini Intan Bang.Bukak pintu…”ujar Intan Wirdayu perlahan sambil mengetuk pintu bilik Haris Huzairie.Namun tiada tindak balas.Intan Wirdayu memberanikan diri.Perlahan Pintu bilik Haris itu dibuka.Kosong.Haris tiada di dalam.Intan berjalan masuk memerhati bilik itu.Kemas.Seakan tiada orang yang tinggal tinggal disisni.Perlahan langsir balkoni di buka untuk membenarkan cahaya masuk.Lantas Intan terpandang sesuatu di atas meja lukis Haris Huzairie.Tertera di atas sampul surat bersaiz A4 itu ‘Untuk Isteriku yang tercinta, Intan Wirdayu Syafie.’Perlahan Intan Wirdayu mengambil sampul itu dan membukanya.Terdapat, buku bank, geran rumah dan geran kereta.Terdapat juga sepucuk surat di dalamnya.Intan meletakan semula kesemua itu, hanya surat itu sahaja yang diambil dan dibaca.


Assalamualaikum.


Intan apa khabar, sihat? Harap Intan sihat.Ibu dan Abah macam mana?


Sebenarnya, sejak awal perkahwinan kita dulu, abang telah dapat agak ini semua akan berlaku.Tapi, tak apa, abang sudah bersedia untuk semua tu.Maafkan abang.Kerana abang, Intan terpaksa berkahwin dengan seorang penghidap AIDS dan HIV positif.Seperti yang abang katakan dulu, abang terpaksa buat semua ni.Abang tak marah kalau Intan takut dengan abang selepas ni. Siapa yang tak takut dengan seorang penghidap penyakit kotor macam abang ni.Hidup abang memang sudah tidak lama lagi.Bila-bila masa saja abang akan dijemput tuhan.Tapi mungkin Intan tak sanggup menunggu sebegitu lama sehingga saat itu tiba, jadi bersama dengan surat ni, abang sertakan dengan surat cerai.Abang sudahpun menandatangani surat itu.Intan tandatangan surat tu dan serahkan pada Syamil.Dia akan uruskan semuanya.Bila semua dah selesai Intan bebas untuk membuat apa sahaja.


Bersama dengan surat ini juga abang sertakan geran, rumah, geran kereta dan buku bank simpanan abang.Semua tu abang dah tukarkan atas nama Intan.Ambillah semua tu.Kalau Intan tak mahu menganggap nya sebagai hadiah perkahwinan, Intan anggaplah itu pampasan kerana Intan terpaksa berkahwin dengan seorang penghidap AIDS.


Sekali lagi Abang mohon maaf sebab terpaksa buat Intan jadi begini.Percayalah, memang bukan niat abang.Abang ucapkan terima kasih sebab Intan telah jadi isteri yang baik untuk abang.Sampaikan salam maaf abang pada Umi, Abi, Ibu dan Abah, cakap pada mereka abang minta maaf sebab tak boleh jadi anak dan menantu yang baik untuk mereka.Sampaikan pada Balqis, abang saying sangat pada dia.


Akhir sekali, untuk Intan, mungkin abang tak berpeluang nak ucap semua ni dengan mulut abang sendiri.Intan, abang benar-besar cintakan Intan.Cinta sangat-sangat.Intan telah buat sisa hidup abang ni lebih bermakna walaupun kita tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.Terima kasih atas segalanya.Intan tak perlu cari abang lagi.Biarlah abang pergi sendiri abang tak mahu menyusahkan orang lain.Intan, semoga kita dipertemukan lagi di syurga.Love you Intan.Assalamualaikum.


Dari suamimu yang jauh..


Haris


Haris Huzairie Mohd Amin


Kaki Intan Wirdayu lemah tiba-tiba.Dia terjelopok ke lantai.Air matanya menitis laju.Seakan tiada lagi harapan untuknya untuk bertemu kembali dengan Haris Hizairie.


“abang…maafkan Intan bang….”Intan Wirdayu merintih sendiri.Perlahan Intan bengun semula dan mengatur langkah turun kebawah.Tiada apa yang boleh dibuatnya dirumah itu lagi.Dia perlu cari jalan untuk mencari Haris Huzairie.Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.Lantas telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam tas tangan.Nombor didail dan diletakan telefon itu ditelinga.


“helo, Balqis…”


“Syamil!! Tolong, tolong beritahu saya di mana Haris.Tolong Syamil!”Intan merayu pada Syamil.Syamil terpaku.Dia termati kata.


“tolonglah abang Syam,Bagi tahu kami, mana abang Ery?”rayu Balqis pula.Intan sudah mula menitiskan air mata.Tadi Intan menelefon Balqis untuk meminta antuannya mencari Haris.Lantas Balqis membawa Intan berjumpa dengan Syamil kerana mereka tahu hanya Syamil yang tahu tentang Haris.


“Intan, Balqis.Awak kena faham situasi saya, Haris tu satu-satunya kawan saya yang paling rapat dengan saya.Saya dah berjanji dengan dia untuk rahsiakan keberadaan dia.Maafkan saya, saya tak mungkin memungkiri janji saya.”ujar Syamil pula.


“Syamil..tolong Syamil.Saya akan menyesal seumur hidup kalau terjadi apa-apa pada Haris.Tolong Syamil, tolong.”rayu Intan lagi.


“maafkan saya Intan.Saya tak boleh.Maafkan saya.”Ujar Syamil sambil terus meninggalkan ruangan itu.


“Syamil..!!! Syamil!!!”laung Intan.Namun Syamil hanya terus berjalan tanpa menghiraukan Intan.


“Kak, sabar kak.”Balqis menenangkan Intan.Intan menangis lagi.


“kak, Qis tahu siapa yang boleh tolong kita.”ujar Balqis.Intan menongak memandang wajah manis Balqis.


“Siapa?”


Pintu wad dikuak kuat.Haris lantas memandang ke arah pintu.Pandangannya mati disitu.Rindu benar dia dengan wajah yang sedang berdiri tepat dimuka pintu itu.Intan berlari anak mendapatkan Haris.Tangan Haris diraih dan disalami.


“maafkan Intan bang.Intan tak bermaksud nak lari macam tu.maafkan Intan bang.”ucap Intan dengan air mata yang membasahi pipi.


“mana Intan tahu abang ada disini?”soal Haris.Intan memandang ke pintu.Haris juga berbuat demikian.Kelihatan Ikram sedang berdiri tegak dipintu sambil tertunduk.jelas riak bersalah diwajahnya.


“maafkan saya bang.Saya…saya terpaksa.”ujar Ikram.Seketika kemudian muncul Balqis dari belakang.Haris tersenyum.


“patutlah…”ujar Haris perlahan.Dia tahu Ikram pasti kalah selepas didesak oleh Balqis.


“abang, maafkan Intan.”ujar Intan lagi.Haris kembali memandang wajah Intan.Air mata Intan dikesat dengan tangannya.


“Intan tak salah apa-apa pun.Abang yang patut minta maaf.Abang tak boleh jadi suami yang baik untuk Intan.”Intan lantas mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.


“Ini apa bang?”soal Intan sambil menghulurkan surat cerai yang ditinggalkan untuknya di rumah banglo mereka.Haris bungkam.Balqis dan Ikram hanya memerhati.


“abang nak ceraikan Intan ke?”soal Intan.


“tak Intan.Abang tak pernah terniat pun.”jawab Haris.


“Habis tu, surat ni untuk apa?”


“Abang takut kalau Intan yang tak boleh terima ada suami yang ada pe…”belum sempat Haris menghabiskan ayatnya Intan meletakan jari telunjuk di bibir Haris.


“Abang, memang pada asalnya Intan, marah dan kecewa.Tapi Intan dah tahu semuanya.Abang dapat penyakit tu secara tak sengaja.Intan sayangkan abang.Intan tak akan tinggalkan abang.”ujar Intan.Lantas surat cerai itu dikoyak oleh Intan.


“Abang, Intan nak dengar apa yang abang cakapdalam surat tu dari mulut abang sendiri.”ucap Intan sambil menggenggam tangan Haris.Haris tersenyum.


“Intan, Abang cintakan Intan.Cinta sangat-sangat.”lafaz Haris seikhlas hati.Intan tersenyum bahagia.Lantas dia memeluk tubuh kurus suaminya itu.Haris terpana seketika.Lantas dia menguntum senyum dan membalas pelukan itu.


“I love you Intan.Love you so much.”bisik Haris perlahan ditelinga Intan.Balqis dan Ikram tersenyum memandang pasangan suami isteri itu.


Haris Huzairie membuka matanya perlahan-lahan.Dia memandang sekeliling.Hanya Intan yang berada disebelahnya.Setia menemani Haris.


“Intan, mana yang lain?”Soal Haris.


“Umi dengan Abi pergi makan sekejap dengan Balqis dan Ikram.Syamil dia kata dia nak keluar sekejap.Tak tahulah mana dia pergi. Ibu dan Abah balik ke rumah kita sekejap.”cerita Intan lembut.Haris memandang tepat ke syiling.Dia merasakan yang fikirannya kosong.Tak ada apa yang dia fikirkan.Intan meraih tangan Haris lalu digenggam dan dikucup lembut.Keadaan Haris semakin memburuk.Dia sudah kurang bercakap.Haji Amin, Hajah Safiah, Encik Syafie dan Puan Suraya sudah tahu tentang keberadaannya di hospital swasta itu dan sudah acap kali juga mereka datang melawat.


“Intan..”panggil Haris lembut.


“ya bang..”


“tolong bacakan Yasin untuk abang.”pinta Haris.Intan Wirdayu tersentak dengan permintaan Haris itu.


“Abang..!”Intan mengerutkan dahi.Haris memandang wajah Intan.Ditenung wajah isterinya itu lama.


“tolong Intan.”ujar Haris lagi.Intan akur.Dia mengeluarkan buku Yasin dari dalam beg tangannya.Perlahan Intan mula membaca Yasin tersebut.


“Sodaqallahul Azim.”Intan menamatkan bacaanya.Buku Yasin tersebut kembali diletak di dalam beg.Intan memandang semula suaminya.Intan tersentak.Mata Haris terpejam rapat.


“abang…”panggil Intan sambil menggerakan sedikit tubuh Haris.Tiada tindak balas.


“Abang.!!!”Intan bersuara sedikit kuat.Masih tiada tindak balas.Intan memegang tangan Haris.Sejuk.Intan lantas berlari ke pintu wad.


“Nurse…tolong Nurse.!!! Suami saya…”Intan panik.Intan meminta tolong dari seorang jururawat yang kebetulan berada disitu.


“kenapa Puan?”


“suami saya…”Intan sudah mula mengalirkan air mata.


“sebentar puan saya panggilkan doktor.”ujar Jururawat tersebut.Sebentar kemudian Jururawat itu kembali bersama seorang Doktor.


“Puan tunggu disini sebentar.”ujar Jururawat itu.Intan Akur.Dia menunggu diluar wad.Intan mundar-mandir dihadapan wad.Sekejap dia duduk di kerusi di luar wad, kemudian dia bangun dan bermundar-mandir semula. ‘Ya Allah, selamtkanlah suamiku.’Intan berdoa didalam hatinya.Lima minit kemudian, pintu wad dibuka.Intan meluru mendapatkan doktor tadi.


“macam mana suami saya doktor?”soal Intan kerisauan.


“maaf Puan…”itu sahaja yang mampu doktor itu katakana.Intan terkesima. ‘Ya Allah.’hatinya merintih.Dia melihat kedalam.Jururawat tadi sedang menutup muka Haris Huzairie dengan selimut.Selesai menutup wajah Haris.Jururawat tadi bergerak ke arah Intan.


“sabar ya puan.”ujar jururawat itu lembut sambil mengusap bahu Intan sebelum pergi meninggalkan wad itu.Intan berasa kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri.Dia rebah Intan terjelopok ke lantai.Air matanya mengalir laju.Baru sahaja dia jngin merasai kasih dari seorang suami namun kesempatan itu telah ditarik semula oleh yang Maha Berkuasa.Dalam pada masa yang sama, Syamil sampai.Buah-buahan yang dibawanya terlepas dari pegangan.Dia memandang Haris yang telah terbaring kaku di atas katil.Air mata lelakinya jatuh lagi.Syamil menghampiri tubuh Haris yang ditutupi selimut.Perlahan selimut tang menutupi wajah Haris itu dibuka.Makin laju air mat lelakinya jatuh.


“Innalillah Wainnalillah Hirrojiun.”ucapnya perlahan.


Intan Wirdayu duduk termenung di wakaf di hadapan rumah banglo yang telahpun menjadi miliknya sambil melihat jemaah-jemaah surau yang mula meninggalkan rumah itu beransur-ansur.Hari ini genap seratus hari pemergian Haris.Atas permintaan Intan sendiri, majlis tahlil tersebut diadakan dirumah ini.Intan tersenyum memandang Balqis yang berjalan menghampirinya.


“akak tak apa-apa? Akak buat apa duduk seorang-seorang kat sini?”soal Balqis sambil duduk disebelahnya.


“akak tak apa-apa, saja nak duduk-duduk di sini.Panaslah kat dalam.”jawab Intan perlahan.Seketika kemudian Ikram pula datang menghampiri mereka.


“boleh saya join sekali?”soal Ikram sambil tersenyum.Intan hanya tersenyum.


“kalau tak malu joinlah.”ujar Balqis mengusik.Intan memukul lembut bahu Balqis.Ikram hanya ketawa kecil.


“dulu Qis ada cerita yang Qis ada kawan di syarikat abang Syamil tu, Ikram inilah orangnya?”soal Intan.Balqis menganguk perlahan.


“bukanlah kawan, buah hati rupanya.”Balqis ketawa kecil.Ikram hanya tersenyum.Merona merah wajahnya. “bila lagi?”soal Intan lagi.


“bila lagi?”soal Balqis kembali.


“Bila lagi nak kahwin.Umi dengan Abi tu dah tak sabar nak menimang cucu.”Bertambah merah wajah Ikram bila soal kahwin disebut.Balqis hanya tersenyum.


“Ikram?”Intan mengalihkan pula soalan itu pada Ikram.


“saya…..saya tak kisah kak.Balqis ni ha, dia kata nak kerja dulu.”jawab Ikram malu-malu.Ikram memang seorang yang pemalu.Itulah sebab kenapa Balqis boleh terpikat dengannya.


“ha’ah la kak, Qis baru je habis belajar, nak juga cari kerja dulu.”ujar Balqis.Intan hanya tersenyum.Intan berharap Intan dan Ikram dapat memberikan Haji Amin dan Hajah Safiah cucu ang mereka inginkan yang tak dapat diberikan olehnya dan Haris dulu.


“assalamualaikum.”kedengaran suara seorang lelaki memberi salam.


“waalaikumussalam.”jawab mereka bertiga serentak.


“Iz?”Intan sedikit terkejut.Memang Izkandar dan ibunya dijemput ke majlis itu, tetapi dia ingat Izkandar sudah pulang.


“Ayu, kenalkan , ini Ariana, tunang saya.”Izkandar memperkenalkan gadis yang bersamanya.Ariana bersalam dengan Intan dan Balqis.


“Yana, ini Ayu, yang saya ceritakan tu.”Izkandar memperkenalkan Intan kepada Ariana.


“awak berdua dah makan ke belum?”soal Intan.


“dah…dah makan dah..”jawab Ariana mesra.


“Ayu, boleh kita bercakap sekejap, bertiga, saya, awak dan Ariana.”ujar Izkandar.


“mengenai apa ya?”soal Intan pula.


“mengenai arwah suami awak, Haris.”ujar Izkandar.


“kalau begitu, kita cakap disini sahajalah.Lagipun, kalau mengenai Haris, mereka berdua ni kena dengar juga.Yang ini Balqis, adik Haris dan

yang ini rakan sepejabatnya, Ikram yang tak lama lagi akan jadi tunang Balqis.”ujar Intan sambil memperkenalkan Balqis dan Ikram.


“apa awak cakap ni Haris?!”Izkandar terkejut dengan permintaan Haris.


“tolong Izkandar, ini harapan saya.Saya tahu ini semua kerja gila.Tapi hanya awak yang saya boleh percaya setakat ni.”rayu Haris.


“it doesn’t make sense.Awak cakap apa ni? Tak masuk akal langsung.Awak suruh saya kembali pada Ayu? Awak gila ke? Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak suami dia tau.Ayu tu isteri awak.!!”Izkandar sedikit berang.


“saya tak suruh awak kembali pada dia sekarang.Saya kata nanti, bila saya dah pergi.Saya perlukan orang yang betul-betul boleh bahagiakan dia untuk menjaga dia nanti.”


“bila awak dah pergi? What you mean by that?awak nak pergi mana?”soal Izkandar lagi yang masih keliru.Haris menarik nafas panjang.


“awak akan tahu bila dah tiba masanya nanti.”ujar Haris perlahan.


Izkandar merenung Intan Wirdayu, menunggu sebarang riaksi.


“dia jumpa awak dan dia cakap macam tu?”soal Intan perlahan.Izkandar mengangguk perlahan.Balqis, Ikram dan Ariana hanya mendengar.


“kalau tak silap saya, dua ke tiga minggu sebelum dia meninggal.Masa tu saya masih belum bertunang dengan Ariana.Dia datang cari saya dan dia bagi tahu permintaan dia tu.”


“awak tak bagi tahu dia yang awak dah ada Ariana?”soal Intan pula.Izkandar menggeleng.


“saya tak terfikir pun untuk bagitahu, sebab saya fikir semua tu mengarut.Saya fikir mungkin Haris ada sedikit masalah yang mengganggu fikiran dia sampai dia cakap macam tu….’


“awak nak kata yang abang saya tu dah gila?!”Balqis bersuara dalam nada sedikit marah.Izkandar tersentak.


“bukan…maksud saya….memang pada masa tu, saya fikir di dah gila.Tapi bila saya dapat berita yang dia sudah meninggal, saya mula faham apa yang dia katakan ketika itu.Dia memang maksudkan apa yang dia katakan.”ujar Izkandar lagi.


“tapi Iz…”


“saya tak boleh nak ikut apa yang Haris cakap tu.”Izkandar memotong cakap Intan. “saya dah ada Ariana.Kalau saya kembali kepada awak, macam mana dengan Ariana? Tak kan saya nak tinggalkan dia semata-mata untuk….”


“untuk seorang janda?”sambung Balqis.Izkandar tersentak.


“Balqis!!!”tegur Ikram.Balqis mencebik.Tidak tahu kenapa dia merasa meluat melihat Izkandar dan Ariana.


“Iz, kalau awak masih belum ada Ariana sekali pun, tak semestinya saya kan kembali pada awak.Saya mengaku, saya memang sayangkan awak, cintakan awak.Tapi itu setahun dulu.Waktu kita masih sepasang kekasih.Sekarang ni sudah tiada walau sedikit pun perasaan yang saya simpan untuk awak.Semua saya dah berikan pada Haris.Tak mungkin saya boleh menerima awak lagi Izkandar.”terang Intan Wirdayu.


Izkandar tersenyum mendengar kata-kata Intan itu.Rasa lega.Hilang semua semua beban persoalan yang ditanggungnya. “jadi macam mana?”soal Izkandar.


“tak ada apa-apa.Saya dengan hal saya dan awak dengan hal awak.Tak ada apa-apa yang berubah.”balas Intan.


Izkandar tersenyum lagi sebelum dia memberikan isyarat mata pada Ariana.Seakan faham dengan isyarat itu, Ariana mengeluarkan sesuatu dari dalam tas tangannya dan diberikan pada Intan.


Intan menyambut huluran kad dari Ariana.Intan membaca kad jemputan perkahwinan itu. “tahniah…ujarnya lembut.Balqis mencuri-curi tengok kad tersebut.


“datang ya, saya jemput semua.Awak berdua pun dijemput.”ujar Ariana lembut.


“terima kasih.”ucap Ikram.


Intan tersenyum bahagia melihat Izkandar dan Ariana.Kini sudah tiba masanya untuk membina hidup baru.Dia tetap perlu teruskan hidup.Kini semua persoalannya dulu terjawab.Apa yang Haris maksudkan dengan ‘bila tiba masanya nanti, awak kan tahu’ sudah terjawab.Haris memang sudah bersedia dari awal.Dia pulang ke Malaysia pun sebenarnya sebagai persediaan untuk meninggalkan dunia ni.Dia ingin sekali membahagiakan kedua orang tuanya selagi termampu.Itulah sebabnya dia menerima gadis pilihan keluarga dengan senang hati sebagai isteri.Nyata memang perkahwinan itu benar-benar menggembirakan kedua orang tuanya walaupun dia sendiri tersiksa.Sedaya upaya dia mengelak dari jatuh cinta dengan Intan, namun siaplah dia untuk menidakan kuasa tuhan.Perasaan sayang itu datang juga walau telah dihalang.Intan tersenyum sendiri.Kini baru dia sedar betapa baiknya Haris. ‘Ya Allah, aku bersyukur kau telah mengurniakan insan yang sebegitu baik untuk menjadi suamiku walau untuk seketika.Ya Allah, tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman ya Allah, sesungguhnya dia seorang anak yang baik pada kedua ibu bapanya, abang yang baik kepada adiknya sahabat yang baik pada kawan-kawannya dan suami yang baik padaku.’Intan berdoa di dalam hatinya. ‘aku redha ya Allah, aku redha dengan ketentuanMu.’


TAMAT


Ini lagu tema untuk cerpen ni.....

Hanya ingin kau tahu.Republik


Ku telah miliki

Rasa indahnya perihku

Rasa hancurnya harapku

Kau lepas cintaku

Rasakan abadi

Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau pahami

Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku

Hanya ada dalam anganku

Melewati hidup

Rasakan abadi

Sekalipun kau mengerti

Sekalipun kau pahami

Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu

Besarnya cintaku

Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini

Di setiap hariku

Di sisa akhir nafas hidupku

Ow wooo wo wo wooo



SEKIAN.


p/s:credit to farhan zuriyani :)

No comments: