Wednesday, October 6, 2010

demi detik yang tersisa (part1)

Intan Wirdayu duduk berteleku di birai katil.Air matanya jatuh berjuraian dari tadi tidak henti.Pakaian pengantinya masih belum ditanggalkan.Seketika kemudian kedengaran bunyi pintu dikuak.Intan Wirdayu menoleh sekali imbas dan kembali menghalakan pandangannya ke hadapan.Haris Huzairie masuk dan memerhati sahaja Intan Wirdayu dari pintu.Pintu kembali di tutup.Haris Huzairie bergerak mendapatkan beg pakaiannya.Segera bajunya ditukar.Intan Wirdayu masih seperti tadi.Kaku menghadap dinding.Selesai menukar baju, Haris Huzairie duduk dibirai katil membelakangi Intan Wirdayu.Masing-masing membisu seketika.Hanya bunyi pusingan kipas yang kedengaran. “saya minta maaf…”Haris Huzairie mula berbicara. Intan Wirdayu masih mendiamkan diri. “bukan niat saya untuk heret awak masuk dalam masalah ni.” “bukan niat?! Habis tu kenapa awak kahwin dengan saya?”tempelak Intan Wirdayu. “saya buat semua ni hanya untuk membahagiakan kedua orang tua saya.Hanya itu yang mampu saya lakukan.” “membahagiakan kedua orang tua awak dengan menghancurkan kebahagian saya?! Macam tu?!”Intan Wirdayu sedikit meninggikan suara. Haris Huzairie menarik nafas panjang.“percayalah.ini semua tak lama.Bila tiba masanya nanti, awak bebas buat apa yang awak suka.Percaya cakap saya.”ujar Haris Huzairie perlahan. Intan Wirdayu lantas menoleh kearahnya. Haris Huzairie mengambil sebiji bantal dan dicampaknya ke lantai.Kemudian dia menuju kembali ke beg pakaiannya.Sehelai kain pelekat diambil dan dibentangkan di lantai.Haris Huzairie duduk diatas kain pelekat itu.“dalam tempoh waktu yang tersisa ini, saya berjanji akan membahagiakan awak.Awak tak perlu risau.Saya tak akan sentuh awak.”ujar Haris lagi sebelum merebahkan badannya. Intan Wirdayu termangu memikirkan kata-kata dari Haris tadi.Apa maksudnya?



Intan Wirdayu berlari-lari anak masuk ke biliknya.Air matanya turun laju.Hancur hatinya bila mendengar kata-kata ayahnya tadi.Ibunya datang menyusur dari belakang dan duduk disebelah Intan Wirdayu. Puan Suraya membelai lembut belakang badan Intan Wirdayu untuk menenangkannya. “Intan tak nak kahwin dengan dia bu.Intan dah ada pilihan Intan sendiri.”ujar Intan dalam esak tangisnya. “Intan, dengar cakap ibu.Tak rugi kamu kahwin dengan Haris tu.Orangnya berpelajaran tinggi, gaji besar, kacak lagi.Dah lima tahun dia kerja kat Amerika.Simpanan dia mesti banyak.Tak rugi Intan, kamu kahwin dengan dia.Cerah masa depan kamu nanti.” “Ibu, Intan tak nak kahwin dengan dia.Intan tak kenal pun dia.Lagipun Izkandar macam mana nanti?” “Intan, Kamu tak perlu risau.Ibu dengan Abah kenal dengan Haris tu.Kami tahu dia baik orangnya.Tentang Izkandar, biarkanlah dia cari orang lain.Ramai lagi gadis kat luar sana.” “Abah tak peduli.!Abah dah kenal Haji Amin tu lama.Abah dah janji dengan dia.Mahu tak mahu, suka tak suka kamu tetap kena kahwin dengan Haris.Muktamat”Ujar Encik Syafie lantang yang dari tadi berdiri tegak dipintu. Intan Wirdayu terdiam seribu bahasa.Dia kenal benar dengan abahnya itu.Kalau putih, putihlah jawapannya.



Perlahan Haris Huzairie membuka pintu rumahnya.Haris Huzairie mempelawa Intan Wirdayu masuk.Dia kembali kekereta.Seketika kemudian dia kembali ke dalam rumah sambil membawa bersamanya dua buah beg besar. “maaflah, rumah ni taklah besar mana.Berselerak sikit.Maklumlah rumah bujang.Jom, saya tunjukan bilik.”ujar Haris Huzairie sambil menjinjing beg mendaki tangga. ‘rumah besar macam ni dia kata kecil?’ Intan Wirdayu bertanya pada dirinya sendiri sambil langkah diatur membontoti suaminya naik ke tingkat atas. Haris Huzairie berhenti dihadapan sebuah bilik .“Intan, ini bilik awak.Awak buatlah bilik ni dan rumah ni seperti kepunyaan awak sendiri.Bilik saya yang itu.Kalau ada apa-apa cari saja saya di situ.”ujar Haris Huzairie sambil menunjukan biliknya.Sempat dia menghadiahkan senyuman untuk isterinya itu. Intan Wirdayu masuk ke dalam bilik tersebut dan meninjau keadaan sekeliling.Baru dia ingin bertanya dimana arah kiblat, Haris Huzairie telah menghilangkan diri.Intan Wirdayu tersenyum sendiri.Benar kata ibunya.Haris Huzairie seorang yang baik.Dia juga telah meradhai perkahwinan ini, namun hatinya masih belum boleh menerima Haris Huzairie sebagai seorang suami.



“Ayu!, apa ni?! Awak kata awak cintakan saya.Kenapa awak buat saya macam ni?”bentak Izkandar. “Iz, bukan saya yang nak semua ni.Saya terpaksa.”ujar Intan Wirdayu perlahan. “terpaksa! Awak boleh tolak kan?” “awak tak kenal abah saya.Tak ada siapa yang boleh ubah keputusan yang dia buat.”Intan Wirdaya menahan tangis. Izkandar meraup wajahnya.“Siapa lelaki tu?”Soal Izkandar lembut. “Haris Huzairie.Anak kawan abah saya.” “awak kenal dia”soal Izkandar lagi. Intan Wirdayu menggeleng perlahan.Masing masing terdiam buat seketika. Izkandar duduk semula di kerusinya.Matanya di pejam rapat untuk meraih semula semangat.“Ayu….saya dah tak Nampak jalan lain, kita terpaksa tamatkan hubungan ini disini.”Ujar Izkandar perlahan. “tapi Iz…..saya masih sayangkan awak.” “habis tu awak nak saya buat apa? Bawak awak lari kahwin kat siam? Macam tu? Awak nak jadi anak derhaka?!”tempelak Izkandar. Intan Wirdayu tertunduk.Airmatanya mengalir laju. “sudahlah……mungkin bukan ditakdirkan untuk kita bersama.Awak percaya pada qada’ dan qadar kan? Kita redhakan sahaja atas segalanya.mungkin lelaki itu mampu membahagiakan awak lebih lagi dari saya.”Izkandar memandang sayu wajah Intan Wirdayu. “Selamat tinggal Ayu.Saya doakan awak bahagia disamping lelaki yang bertuah tu.Assalamualaikum.”ucap Izkandar perlahan dan terus meninggalkan Intan Wirdayu.Airmata lelakinya turut menitis tanpa dapat ditahan.



Haris Huzairie menyidai sejadah di ampaian.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Maghrib.Dia menuju ke almari pakaian.Dia mahu bersiap untuk keluar makan malam.Baru sahaja songkoknya ditanggalkan dia terbau sesuatu dari luar.Perlahan pintu bilik dibuka.Ya benar , memang ada bau dari arah dapur.Haris Huzairiue meninggalkan biliknya dan menuju ke dapur.Sebaik sampai, dia terpaku seketika.Kelihatan Intan Wirdayu sibuk menyiapkan hidangan makan malam.Dia tersenyum sendiri. “eh…awak dah habis solat.Duduklah dulu.Saya hidangkan makanan sekejap.”ujar Intan Wirdayu lembut. Haris Huzairie duduk di meja makan. “awak tak perlu buat semua ni.Saya boleh makan kat luar.”ujar Haris Huzairie lembut. Intan Wirdayu datang lalu menghidangkan nasi. “walaupun saya berkahwin dengan awak bukan dengan kerelaan hati.Tak bermakna saya terkecuali dari tanggungjawab saya sebagai seorang isteri.Saya dah diberikan pendidikan yang cukup.Saya tahu tanggungjawab saya.”ujar Intan Wirdayu. Haris Huzairie tersenyum senang. Selesai menyenduk nasi, Intan Wirdayu meninggalkan Haris disitu. “tak makan sekali?soal Haris Huzairie. “saya nak solat dulu.”ujar Intan Wirdayu ringkas dan terus mendaki tangga naik ke bilik.

Haris Huzairie berjalan perlahan menuju ke balkoni dibiliknya.Dia baru sahaja selesai menunaikan solat Isyak.Haris Huzairie merenung langit.Kosong langit malam ni.Pandangannya teralih ke bawah.Terlihat Intan Wirdayu berada di wakaf yang dibina di hadapan rumah banglo dua tingkat itu.Haris Huzairie tersenyum memandang Intan Wirdayu.Lalu pandangannya kembali teralih ke hadapan.



“kau gila?! Kau sedar tak apa kau cakap ni?! Come on.Haris wake up!!”Syamil sedikit meninggikan suara. “aku sedar Syam.Aku tahu apa yang aku buat.”Jawab Haris Huzairie perlahan. “habis tu, kenapa kau setuju nak kahwin?”selar Syamil. “Syamil.Kau kawan baik aku.Tolonglah faham keadaan aku.I have to do it Syam, I have to…”tegas Haris. Syamil membisu seketika.Begitu juga dengan Haris Huzairie. “tapi, kau akan menganiaya gadis tu.Kasihan dia.” “kau ingat aku suka buat semua ni? Kau tak ada ditempat aku.Kau tak faham perasaan aku.Ini sahaja yang mampu aku buat untuk Umi dan Abi aku.Mereka berharap sangat aku dapat kahwin dengan anak kawan Abi aku tu.Aku tak ada pilihan.Dan aku pun dah tak ada masa.Aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh bertahan.” Syamil terdiam. ada benarnya kata-kata Haris Huzairie itu. “ok, kalau itu sahaja jalan yang ada.Aku akan sentiasa menyokong kau dari belakang.Tapi kau tahukan apa yang patut dan tak patut kau buat?” Haris Huzairie mengangguk perlahan. Syamil datang duduk disebelah Haris Huzairie. “Haris, ingat.Kau dah terpaksa heret gadis tu masuk dalam masalah kau.So, tolong jangan buat hidup dia bermasalah.Layan dia sebaik mungkin.Aku sebagai kawan baik kau akan sentiasa menyokong kau dari belakang.”ujar Syamil lembut sambil menepuk belakang Haris Huzairie



Intan Wirdayu masuk semula ke dapur selepas selesai menyidai baju di ampaian.Dia meletak semula bakul pakaian di dalam bilik air.Perlahan dia menuju ke peti ais.Pintu peti ais dibuka dan Intan Wirdayu membelek isinya yang semakin berkurang. “apa aku nak masak ni?...barang semua dah habis.”ujar Intan sendirian.Intan Wirdayu menutup semula pintu peti ais dan duduk di meja makan.Dia memandang keluar dan ternampak kereta BMW milik Haris berada diluar.Dia mengalihkan pula pandangannya ketingkat atas. “terlupa pulak aku Haris ada kat rumah.Nak ajak dia keluar ke?”Intan bertanya pada dirinya sendiri. “ajak ajelah….”Intan Wirdayu nekad.Perlahan tangga didaki dan dia terus menuju kebilik Haris Huzairie.Teragak-agak tangannya untuk mengetukpintu.Namun dikuatkan semangatnya. “tuk…tuk…tuk..”Intan Wirdayu mengetuk pintu. “masuk, pintu tak kunci.”kedengaran suara Haris Huzairie dari dalam. Perlahan Intan Wirdayu membuka pintu.Ini pertama kali dia masuk ke bilik ini ketika Haris Huzairie ada di dalam. Haris Huzairie memandang Intan Wirdayu lalu menghadiahkan sebuah senyuman.Haris Huzairie sedang sibuk meyiapkan pelan bangunan untuk projek terbarunya. Intan Wirdayu masih tegak di pintu.Tak Berganjak. Sekali lagi Haris Huzairie menoleh memandang Intan Wirdayu. “marilah masuk buat apa duduk tercegat kat pintu tu.”ajak Haris Huzairie. Intan Wirdayu masuk dan duduk di sofa yang terlatak bersebelahan dengan meja lukis Haris Huzairie.Dia terpaku disitu.Haris Huzairie yang memakai baju T putih tanpa kolar dan ber seluar trek biru tua kelihatan ringkas tapi tak tahu kenapa Intan Wirdayu merasa Haris Huzairi begitu menawan hari ini. “Intan?....Intan…”Haris Huzairi memanggil Intan Wirdayu sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Intan Wirdayu.Intan Wirdayu tersedar dari lamunannya. “awak ok tak? Kenapa ni?”soal Haris Huzairie. “tak….tak ada apa-apa, saya ok.” “kenapa awak datang bilik saya ni?”soal Haris Huzairie lagi. “ba..barang dapur dah habis.Dah tak ada apa yang nak dimasak.”ujar Intan Wirdayu sedikit gementar. Lantas Haris Huzairie bangun menuju ke almari bajunya.Seketika kemudian dia kembali dan menyerahkan wang tunai RM 100 dan kunci kereta. Intan Wirdayu mengambil wang dan Kunci kereta itu. Haris Huzairie kembali duduk di meja lukisnya dan menyambung lukisannya. “kat sini susah nak dapat bas dan teksi, so…awak bawaklah kereta saya tu.”ujar Haris Huzairie. Intan Wirdayu masih duduk tak berganjak dari situ sambil terus memandang Haris Huzairie. Haris Huzairie memandang semula Intan Wirdayu.Lama dia memandang Intan Wirdayu. “awak….awak…..ada…lesen kan?”soal Haris Huzairie.Perlahan Intan Wirdayu menggeleng.Haris Huzairie tersenyum.


nt kn part y laen oke !

p/s:credit to farhan zuriyani :)

No comments: