Thursday, October 14, 2010

penghujung garisan

RUHAIZAN duduk termenung dikerusi sambil merenung orang lalu lalang.Ada yang berjalan pantas , ada yang lemah , ada yang dipimpin , ada yang berkerusi roda dan ada yang terbaring lesu.Bila nama aku nak dipanggil ni?Penat dah aku tunggu.“Encik Ruhaizan Mohd Talib…”seorang jururawat memanggil Ruhaizan.Ruhaizan bangun dan masuk ke ruangan Doktor Zahari.“sila duduk Encik..”ujar Doktor Zahari mesra.“jadi apa penyakit saya doktor?”“…hem…sebelum tu saya nak tanya…sebelum ni awak pernah buat pemeriksaan tak?”soal Doktor Zahari sebagai jawapan kepada Soalan Ruhaizan tadi.“tak pernah...”“kenapa tak pernah? Pemeriksaan kesihatan itu penting”“sebenarnya apa penyakit saya doktor?”“selepas pemeriksaan lanjut dibuat , saya mendapati , Encik Ruhaizan menghidap......Barah Otak”ujar Doktor Zahari dalam keadaan serba salah.Ruhaizan termangu.....dia bersandar pada kerusi.“tak ada ubat ke doktor?”Ruhaizan cemas.“kita boleh buat pembedahan kalau dapat dikesan dari awal.Tetapi , Encik Ruhaizan menghidap Barah Otak tahap kritikal.Tak ada apa yang dapat kita lakukan.Bersabar ya Encik Ruhaizan.Saya akan bagi ubat.Tapi itu hanya untuk melambatkan proses penyerebakan sel-sel barah itu.Banyak-banyak lah berdoa , mana tahu Allah ingin menunjukan kekuasaannya.”“berapa banyak masa yang saya ada doktor?”“mungkin , setahun , tiga bulan , atau mungkin sebulan saja lagi.Semuanya terletak ditangan Allah.Kita hanya boleh berdoa dan berikhtiar sahaja.


“TAPI kenapa Ruhaizan?”Encik Yusuf kecewa.“Kerana saya rasa saya perlu lakukan ini.”“Ruhaizan , you are my best employee, kenapa nak berhenti?Saya boleh naikkan gaji awak kalau awak mahu”“tak perlu Encik Yusuf , saya memang nak berhenti , ada banyak benda yang saya perlu lakukan di penghujung garisan ini”“maksud awak?”Encik Yusuf tidak mengerti.“saya rasa tak perlu saya terangkan semuanya.Saya harap Encik menghormati keputusan saya”ujar Ruhaizan tenang dan terus meninggalkan bilik Encik Yusuf.


RUHAIZAN merenung rumahnya .Selamat tinggal rumah.Mungkin aku tak akan dapat tinggal di rumah ini lagi.Ruhaizan masuk ke dalam keretanya dan terus memecut meninggalkan rumah banglo satu tingkat itu.Dalam perjalanan Ruhaizan untuk pulang ke kampung halamannya di Kuantan , bermacam-macam memori silam muncul di dalam ingatannya.Ingatan tentang Mak , Abah , Angah , Alang , Adik , Umi adik-adik di Rumah al-Ihsan muncul satu persatu di kotak fikirannya.Tak sanggup pulak rasanya nak tinggalkan mereka semua.Kereta yang dipandu Ruhaizan membelok masuk ke kawasan sebuah rumah yang agak besar dilengkapi sebuah surau. ‘RUMAH AL- IHSAN’terpampang tulisan itu di pintu masuk rumah kebajikan tersebut.Ruhaizan memakirkan kereta di hadapan pejabat urusan rumah


kebajikan itu.“eh..itu Abang Ijan...”“betullah....Abang Ijan.Umi , Abang Ijan datang”pekik kanak-kanak itu kegirangan.Dia bersama beberapa yang lain meluru kearah Ruhaizan.Berebut-rebut mereka bersalaman dengan Ruhaizan.Ruhaizan melayan mereka dengan mesra sekali.“nah ambil ni , kongsi-kongsi tau”Ruhaizan memberikan sebuah bungkusan besar gula-gula kepada kanak-kanak itu.Seorang wanita bertudung labuh muncul dari dalam pejabat.Dia senyum memandang Ruhaizan.Ruhaizan membalas senyumanya.Ruhaizan pernah tinggal disini ketika ibu bapanya kesempitan wang untuk menyaranya dahulu.Bukan lama pun , hanya tiga tahun sahaja , tetapi dialah antara bekas penghuni rumah anak yatim ini yang selalu datang melawat dan memberikan bantuan.“Umi apa khabar , sihat?”Ruhaizan bertanya khabar.“Umi sihat....kamu?”soal Umi Salmah kembali.Ruhaizan sekadar tersenyum sebagai jawapan kepada soalan Umi Salmah.“Umi , adik-adik kat sini macam mana?”“mereka semua sihat...tak payah lah kamu risau”ujar Umi Salmah sambil tersenyum.Ruhaizan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam begnya dan memberikannya kepada Umi Salmah.“apa ni Jan?”Umi Salmah agak terkejut.“Umi ambillah” “ya Allah...kenapa banyak sangat ni?”“Umi ambil saja untuk adik-adik”“tapi banyak sangat ni Jan.Tabung rumah ni pun dah cukup untuk perbelanjaan sepanjang tahun.Kamu macam mana ? nanti kalau kamu tak ada duit sebab ini , Umi tak boleh terima.”“tak apa Umi , saya masih ada duit.”Umi Salmah tersenyum .“Umi.....”“Apa Jan?”soal Umi Salmah lembut.“maaf kan semua salah saya sepanjang saya disini dulu”“apa Ijan cakapkan ni?”“Umi , maafkan kesalahan saya ya”“Ijan anak yang baik , Ijan langsung tak ada kesalahan pada Umi.Kalau adapun dah lama Umi maafkan”“terima kasih Umi”Ruhaizan tersenyum.“Umi , saya balik dulu , saya belum lagi sampai rumah , saja singgah sini dulu.”Ruhaizan meminta diri.“baiklah....”Umi Salmah bangun dan menghantar Ruhaizan ke pintu.“hati-hati memandu”Umi salmah berpesan sebaik Ruhaizan membuka pintu keretanya.Ruhaizan tersenyum dan masuk ke dalam kereta dan terus memecut pergi meninggalkan Rumah al-Ihsan.Dengan tidak semena-mena , air mata Umi Salmah jatuh berlinangan.Ya Allah selamatkanlah anak itu ya Allah.Berkatilah dia Ya Allah.Umi Salmah dapat merasakan sesuatu sejak Ruhaizan memohon maaf darinya tadi.Dia terasa seakan Ruhaizan akan pergi jauh.Jauh , dan tak akan kembali.


‘PIN...PIN’Ruhaizan membunyikan hon keretanya.Ruziah berlari kemuka pintu.“Mak....Along balik..!!!”Ruziah berteriak kegirangan.Ruzana yang mendengar pekikan kakak kembarnya itu berlari dari dapur.Dah lama dia tak jumpa dengan Alongnya itu.Mak Lijah yang turut di dapur bergegas ke depan.Rindu sungguh dia pada anak sulungnya itu.Ruziah dan Ruzana berlari turun mendapatkan Ruhaizan.“Along apa khabar?”Ruziah bertanya khabar sambil bersalam dengan Ruhaizan.“sihat....Alang?”“sihat...semua sihat , Mak , Abah , Angah , Adik semua sihat.”ujar Ruziah gembira.Dia bersama Ruzana membantu Ruhaizan mengangkat begnya.“Assalamualikum Mak.., sihat?”Ruhaizam memberi salam pada Mak Lijah sambil bersalaman dan dia memeluk erat Mak Lijah.“Mak sihat , kamu?”soal Mak Lijah kembali sambil membalas pelukan erat Ruhaizan.“seperti yang mak lihat ni la”Mak Lijah tersenyum bahagia .“Abah dan Angah mana mak?”“diaorang ke surau tadi solat asar berjamaah.Tapi tak balik-balik lagi.Selalunya dah balik dah.Eh..kau ni tercegat lagi kat situ , dah solat belum?”soal Mak Lijah.“belum , tak sempat lagi”“dah...pergi masuk sembahyang dulu , nanti kita minum sama-sama.”arah Mak Lijah.


“ASSALAMUALAIKUM...”Pak Talib memberi salam.“Waalaikumsalam..”jawab Mak Lijah yang ada di ruang tamu.“itu keretanya Along kan?”soal Pak Talib.“ha’ah..”“mana dianya?”Pak Talib teruja.Rindu benar dia pada Ruhaizan.“Abah..”tegur Ruhaizan yang baru keluar dari biliknya.Lantas dia bersalam dengan ayahnya dan di peluk erat tubuh tua itu.“Abah sihat?”“sihat nak”Pak Talib gembira.Ruzaini beredar ke dapur tanpa menghiraukan Alongnya itu.“Angah nak kemana tu , salam dulu dengan Along tu , kan dia baru balik!!”marah Pak Talib.Ruzaini , kembali ke arah Ruhaizan dan bersalam dengannya.Tanpa melihat wajahnya , dia terus ke dapur untuk minum petang.Ruhaizan hanya merenung Ruzaini.“apa nak jadi lah dengan si Angah tu , sampai bila di nak bermasam muka dengan abang sendiri.?!”rungut Mak Lijah.“biarlah dia mak....”“...jom kita ke dapur , minum...”Mak Lijah mengajak Pak Talib dan Ruhaizan minum petang bersama.Ruziah dan Ruzana sejak tadi memang berada di dapur.Walaupun mereka baru berusia 12 tahun , namun mereka rajin ke dapur membantu Mak Lijah.


MAK LIJAH baru sahaja selesai solat subuh.Kedengaran seperti ada orang didapur.Siapa pulak kat dapur pagi-pagi macam ni?Mak Lijah keluar dari bilik dan menuju ke dapur.Along!!Mak Lijah turun dari tangga yang menghubungkan dapur dan ruang tamu dan terus merapati Ruhaizan yang sedang asyik memasak.“apa kamu buat ni Along?”Mak Lijah bertanya.“eh...mak “Ruhaizan sedikit terperanjat.“kamu masak?!”Ruhaizan tersenyum dan mengangguk.Mak Lijah pergi ke sebelah Ruhaizan dan ingin membantu Ruhaizan.“eh...eh...mak nak buat apa tu?”Ruhaizan bertanya apabila ternampak Mak Lijah memegang pisau.“nak tolong kamu masak lah!!”“dah...tak payah , mak duduk aje kat situ , dah siap dah pun.”Ruhaizan memimpin Mak Lijah duduk di kerusi .“engkau ni kenapa Long, dah buang tabiat ke?”Mak Lijah kehairanan.“apa pulak mak , apa salahnya sekali-sekala along tolong mak masak”ujar Ruhaizan sambil tersenyum.“adik-adik mana mak?”Soal Ruhaizan sambil menghidang nasi goreng yang dimasaknya tadi.“kejap lagi turun lah tu , mak dah kejutkan tadi.”“ha...panjang umur , turun dah pun.”ujar Mak Lijah sambil memuncungkan mulutnya ke arah Ruziah dan Ruzana yang sedang menuruni tangga.“Alang , angah mana?”soal Ruhaizan.“ada kat atas entah apa di buatnya entah”“angah , cepat turun , nanti lambat pergi sekolah!!”laung Mak Lijah.Ruzaini dengan malasnya mengatur langkah turun ke dapur.“hari ni along yang masak”ujar Ruhaizan dengan bangganya di hadapan adik-adiknya.Ruziah mengangkat kening.Dia menyenduk sedikit nasi goreng yang terhidang ke dalam pinggan dan merasanya.“sedap tak?”soal Ruhaizan tidak sabar.“tak sedap pun”kata Ruziah selamba.Terus berubah riak muka Ruhaizan.Tiba-tiba Ruziah ketawa.“apasal Along buat muka macam tu ? sedap lah , Alang bergurau aje tadi”ujar Ruziah dalam tawa yang masih tersisa.Ruhaizan turut ketawa dan mencuit wajah comel adik perempuannya ini.Mak Lijah tersenyum melihat gelagat anak-anaknya.Ruzana turut ketawa tak tahan melihat muka Ruhaizan tadi.Hanya Ruzaini yang langsung tidak tersenyum.Dia hanya makan makanannya sahaja tanpa menghiraukan apa yang berlaku tadi.Ruzaini pantas bangun selepas makanannya habis dan menghampiri Mak Lijah.“Angah pergi dulu mak”Ruzaini bersalam dengan Mak Lijah.“eh nanti lah dulu , pergi sekali dengn adik-adik , along hantar naik kereta nanti , balik along ambillah.”ujar Ruhaizan.“tak apa , angah naik basikal je”balas Ruzaini dan terus beredar.Mak Lijah menggelengkan kepala.Ruhaizan hanya memerhati Ruzaini pergi.


MAK LIJAH duduk di beranda sambil memerhati Ruhaizan yang tengah asyik menyapu laman.Kenapalah dengan budak ni.Dah buang tabiat ke?Pelik!!Tadi dia masak , lepas tu hantar adik-adik pergi sekolah , sekarang dia menyapu laman pulak.“hei....”sergah Pak Talib.“ohh...iya engkau...abang....eh...”“apa termenung pagi-pagi ni?”“hisy , abang ni , terkejut Lijah.Tak ada , saja tengok tu Along tu entah apa sebabnya baik sangat pulak dia hari ni.”“dia memang baik Lijah , sejak dulu lagi dia tak pernah menyusahkan kita.Menyenangkan kita lagi adalah.Ni , rumah ni , kalau bukan dengan duit dia , kita tak dapat nak besarkan rumah ni.”ujar Pak Talib tenang sambil menyarung stoking di kakinya.“a’ah kan bang , bertuah kita dapat anak macam dia tu.Kadang-kadang bila difikirkan balik , Lijah rasa bersalah sangat dengan Si Along tu.”“bersalah kenapa pulak?”“yelah , dulu kita pernah abaikan dia , kita pernah masukkan dia ke rumah anak yatim.Dia tak sama macam yang lain-lain.Yang lain-lain kita bela , bagi kasih sayang sejak kecil sampai lah sebesar ini.Along tu , baru sembilan tahun dah masuk rumah anak yatim , lepas tu terus masuk asrama sampai habis sekolah.Lepas tu masuk Universiti pulak , dah keluar terus dapat kerja .Sekejap sangat masa dia dengan kita bang.”keluh Mak Lijah.“dah lah Lijah , usah di fikirkan sangat.Dia tak kisah semua tu.Dia pun tahu kenapa kita hantar dia masuk rumah anak yatim tu dulu.”pujuk Pak Talib.Mak Lijah hanya tersenyum mendengar kata-kata Pak Talib itu.Ada juga betulnya.Ruhaizan memang tidak pernah menyalahkannya dan Pak Talib kerana menghantarnya ke rumah anak yatim itu.“dah lah , abang nak ke kebun ni”Mak Lijah bersalaman dengan Pak Talib.Ini lah rutin seharian Pak Talib selepas bersara.Dia akan ke kebun setiap hari untuk mengusahakan tanah seluas empat ekar itu.


NADA Dering telefon bimbit Ruhaizan berbunyi memecah sunyi pagi.Ruzaini buat tak endah sahaja bunyi itu.Malas nak Jawab.Ruhaizan tiada , dia keluar bersama Ruziah dan Ruzana ke Bandar Kuantan.Entah kenapa telefonnya ini di tinggalkan.Tertinggal kot.Telefon itu berbunyi lagi.Kini Ruzaini benar-benar rasa terganggu.Siapa lah yang telefon ni , Along pun kenapalah tak bawak telefon dia ni , Kacau saja aku nak study!! “Hello..”Ruzaina mengangkat telefon itu.“Hello , Encik Ruhaizan”kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.“bukan...ini bukan Ruhaizan , ini adik dia .Ruhaizan keluar , dia lupa nak bawa sekali telefon dia ni.”“oh...ya ke...”“boleh saya tahu siapa tu?”soal Ruzaini pula.“Saya Doktor Zahari , boleh saya tinggalkan pesanan?”“boleh....”“tolong pesan kat dia , saya dah bagi tahu pada kawan saya , Doktor Saufee ,pasal penyakit dia tu , jadi sekarang dia dah boleh ambil ubat daripada kawan saya di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan.”Ruzaini terpempan mendengar kata-kata Doktor Zahari tadi.Along sakit?“hello...encik..?”“ya..saya....”Ruzaini segera tersedar dari lamunannya.“lagi satu , tolong pesan pada dia , supaya bila dia datang ambil ubat nanti , suruh dia bawa sekali laporan keputusan pemeriksaan kesihatan dia dulu.”pesan Doktor Zahari lagi.“baik doktor.”“baiklah , jangan lupa sampaikan pesanan saya tu.Assalamualikum”“waalaikummussalam”Ruzaini menjawab salam yang Doktor Zahari berikan dan meletak ganggang telefon.Ruzaini termenung sebentar.Masih terngiang-ngiang kata-kata Doktor Zahari tadi.Along sakit?sakit apa?Ruzaini tersedar dari lamunannya.Laporan Kesihatan !!.Ruzaini terfikir yang mungkin laporan itu ada di dalam bilik ini.Ruzaini terus pergi ke almari pakaian Ruhaizan.Dia menyelongkar alamari tersebut mencari laporan keputusan pemeriksaan kesihatan yang di maksudkan oleh Doktor Zahari tadi.Dia akhirnya terjumpa sebuah sampul surat bersaiz A4 yang terselit di celah-celah baju.Tertera di hadapannya tertulis ‘HOSPITAL KUALA LUMPUR’.


MAK LIJAH tersenyum melihat kereta Ruhaizan menderu masuk ke dalam kawasan rumah kayu itu.Ruziah dan Ruzana berlari mendapatkan Mak Lijah yang duduk sambil meraut daun kelapa untuk dijadikan penyapu di pangkin yang dibina dibawah pohon rambutan di hadapan rumah.“mak....tengok ni , along belikan alang baju mak”Ruziah teruja.“untuk adik pun ada mak...”Ruzana turut teruja sambil mengeluarkan baju barunya dari dalam beg plastik untuk di tunjukan pada Mak Lijah.Mak Lijah tersenyum melihat baju itu sambil melirik ke arah Ruhaizan yang datang menghampiri mereka semua.“mahal ni along..!”“tak apa lah mak , sekali sekala aje.Untuk angah pun ada ni”Ruhaizan menunjukan sebuah beg plastik hitam kepada Mak Lijah.Mak Lijah terperasan yang Ruzaini sudah ada di tangga memerhati mereka.“angah mari sini , along ada beli baju untuk kamu ni..!!!”laung Mak Lijah.Ruhaizan tersenyum memandang Ruzaini.Ruzaini masih diam di situ.Selepas itu dia segera turun , memakai kasut , dan terus berlari pergi meninggalkan rumah itu.“nak ke mana pulak tu??”laung Mak Lijah lagi.Ruhaizan memandang sahaja Ruzaini pergi.Ada yang tak kena , Ruhaizan ternampak mata Ruzaini kemerahan dan ada cecair jernih yang mengalir jatuh dari mata itu.Ruzaini menangis.


RUHAIZAN memanjangkan leher mencari Ruzaini di pantai itu.Dia tahu Ruzaini akan ke situ.Selepas berjalan beberapa minit di kawasan pantai , Ruhaizan ternampak Ruzaini duduk berteleku di atas tunggul kayu yang diletakan di bawah pohon Ketapang di tepi pantai itu.Ruhaizan datang menghampiri Ruzaini dan duduk di sebelahnya.“mana along tahu angah ada kat sini?”soal Ruzaini sambil merenung laut biru yang terbentang luas.Indah sunggh ciptaan tuhan.Ruhaizan tergelak kecil mendengar soalan Ruzaini itu.“angah dan along tak banyak bezanya , angah tahu tak , dulu bila along balik dari asrama , along selalu lepak kat sini”ujar Ruhaizan sambil memandang Ruzaini.Matanya masih merah.Kenapalah agaknya?Ruzaini masih mendiamkan diri.“nah...”Ruhaizan menyerahkan sebuah beg palstik hitam kepada Ruzaini.Ruzaini mengmbilnya dan memandang wajah Ruhaizan.“along belikan tadi , tengoklah”Ruzaini mengeluarkan isi beg plastik itu.Isinya adalah sehelai jersey bola sepak yang memang diinginkan oleh Ruzaini selama ini.Tiba-tiba air mata Ruzaini semakin galak turun tak dapat dikawal.Ruzaini menekup mukanya dengan tapak tangannya.Ruhaizan hairan dengan tingkah laku Ruzaini itu.Tak kan baru dapat baju baru dah nangis sampai macam tu?“hei..kenapa ni?..mana boleh lelaki menangis...”Ruhaizan menepuk belakang Ruzaini untuk memujuk.“kenapa along tak bagi tahu...?”terpacul soalan itu dari mulut Ruzaini.“tak bagi tahu?...bagi tahu apa?”“along sakit kan..?!”duga Ruzaini.Ruhaizan tersentak dengan soalan itu.Angah dah tahu?“sakit...?...sakit apa pulak?”dalih Ruhaizan.“tadi ada orang telefon along , Doktor Zahari.Dia suruh Along ambil ubat di Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan.”“oh....itu ubat biasa ajalah...”dalih Ruhaizan lagi.“angah dah tengok laporan kesihatan along kat dalam bilik tu , Barah Otak kan?”Ruihaizan tersentak untuk kali kedua.Memang Ruzaini dah tahu.Kini giliran Ruhaizan pula merenung laut.Ruzaini memandang wajah Ruhaizan di sebelahnya.“kenapa along tak bagi tahu yang along dah tak lama lagi..?”air mati mata Ruzaini mengalir lagi.Ruhaizan terdiam.“jadi angah dah tahulah?”soal Ruhaizan sebagai jawapan kepada Soalan Ruzaini tadi.Ruzaini mendiamkan diri.“Angah rasa kalau along bagi tahu mak dan abah tentang penyakit along ni , diorang macam mana ?”Ruzaini termenung .Ada benarnya kata-kata Ruhaizan itu.Pak Talib ada sakit jantung dan Mak Lijah ada darah tinggi.Kalau Ruhaizan bagi tahu penyakitnya itu itu pada Pak Talib dan Mak Lijah , rasanya sesuatu yang buruk boleh berlaku.“tapi sekurang-kurangnya , along boleh bagi tahu angah kan?”Ruhaizan terdiam lagi.Tiba-tiba Ruzaini memeluk Ruhaizan .Satu perasaan aneh ada dalam diri Ruhaizan , rasa bahagia.Inilah kali pertama Ruzaini memeluknya.Ruhaizan membalas pelukan itu.Memang Ruzaini tidak begitu rapat dengan Ruhaizan , tetapi itulah satu-satunya abangnya , abang kandungnya , serenggang mana pun hubungan mereka , tetap masih ada walau sekumit kasih sayang dalam dirinya kepada abangnya itu.Sudah tentu dia akan bersedih apabila mendapat tahu hayat abangnya itu tinggal beberapa bulan sahaja lagi.


“ALONG , Angah , mari makan!!”Mak Lijah memanggil Ruhaizan dan Ruzaini.Mak Lijah ligat menghidang makanan yang dibantu oleh Ruziah dan Ruzana.Pak Talib yang ada di luar masuk kedalam selepas di panggil Mak Lijah tadi.“wah , sedap makanan malam ni!.”Ruhaizan teruja.“biasa aje along ...dah cepat duduk , makan.Angah , baca doa”Ruzaini menurut kata ibunya itu.Selesai membaca doa , mereka sekeluarga makan bersama.“tahun ni korang nak periksa kan..?dah sedia dah?”Ruhaizan bertanya kepada Adik-adiknya.Ruzaini bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ruziah dan Ruzana pula bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).“adalah sikit-sikit”jawab Ruziah selamba.“ada pulak macam tu , kena serius tau !”tempelak Ruhaizan.“angah pulak?SPM tu penting , penentu masa depan tu”“dah ready dah , angah bukan macam diorang berdua ni”ujar Ruzaini sambil memuncungkan mulutnya pada Ruziah dan Ruzana yang duduk di hadapannya.Mak Lijah sedikit hairan, Baik Pulak angah dengan along?“bagus , angah belajar pandai-pandai , nanti boleh masuk universiti.Bila dah dapat kerja yang bagus , boleh Bantu mak , Bantu abah , jaga adik-adik”ujar Ruhaizan serius.Ruzaini tertunduk.Mak Lijah sedikit terkesan dengan kata-kata Ruhaizan tadi.Ada yang lain dari kata-kata Ruhaizan tadi.“Angah dengar tak along cakap ni?”kata Ruhaizan pada Ruzaini.Ruzaini masih tertunduk.Tiba-tiba dia segera membasuh tangannya dan meninggalkan meja makan.Mak Lijah dan Pak Talib kehairanan.“apa hal angah tu?”soal Pak Talib.Ruhaizan hanya memerhati Ruzaini pergi.Kenapalah angah tak setabah along?.“tak apalah mak , biar along pergi tengok kenapa”Ruhaizan membasuh tangannya dan terus pergi mendapatkan Ruzaini yang berada di bilik.


RUHAIZAN membuka pintu dan melihat Ruzaini sedang duduk berteleku di birai katil.Ruhaizan menghampirinya dan duduk di sebelahnya.Dia dapat mendengar esak tangis Ruzaini.Dia menangis lagi.“kenapa ni , nangis macam perempuan.”Sengaja Ruhaizan bertanya walaupun dia tahu kenapa.Ruhaizan tahu Ruzaini sedih dan sukar untuk menerima kenyataan bahawa Ruhaizan akan pergi.“Angah tak boleh macam ni , angah kena kuat , nanti kalau along dah tak ada , angah akan jadi anak lelaki tunggal dalam keluarga ni , angah akan jadi harapan keluarga ni nanti.Kalau angah sikit-sikit nangis macam ni , macam mana adik-adik nak jadi kuat.?”Ruzaini merenung wajah abangnya itu.Macam mana along boleh setabah itu?Ya , Allah kenapa aku tak boleh setabah along?“dah...berhenti menangis.Cuba senyum , anggap tak ada apa-apa yang berlaku”Ruzaini masih merenung wajah alongnya itu.“senyum...”ujar Ruhaizan lagi.Ruzaini tersenyum mengikut kata-kata Ruhaizan“ha...barulah handsome adik along ni” Ruzaini tersenyum mendengar kata-kata Ruhaizan itu.Ruhaizan memang pandai mengambil hati orang.Tapi memang benar , Ruzaini memang seorang yang kacak , malah lebih kacak dari Ruhaizan sendiri.


MAK LIJAH berjalan perlahan kebilik Ruhaizan dan Ruzaini.Tadi dia keluar untuk minum di dapur tetapi dia ternampak bilik Ruhaizan masih berlampu.Belum tidur lagi ke?Perlahan-lahan Mak Lijah menolak sedikit pintu yang memang tak rapat.Dia ternampak Ruhaizan sedang duduk di atas sejadah sambil menadah tangan berdoa.Mak Lijah tersenyum.Rajin along solat malam. ‘Ya Allah , terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan aku dengan anak sebaik ini ya Allah.Berkatilah lah anak ini ya Allah.’Mak Lijah berdoa di dalam hati.Sejak kebelakangan ini Mak Lijah berasa lain apabila melihat Ruhaizan.Dia terasa seakan Ruhaizan akan pergi jauh.Jauh dan tak akan kembali.Orang selalu kata naluri ibu selalunya betul.Itulah yang merunsingkan Mak Lijah sekarang.


“ALONG , dah dekat seminggu kamu kat sini , berapa lama kamu cuti ni sebenarnya?”soal Mak Lijah.“sebenarnya....sebenarnya Along....Along dah berhenti”“berhenti..!!Kenapa???”Mak Lijah sedikit marah.Ruhaizan terdiam.Tak tahu apa nak cakap.“along jom pergi pantai...”ajak Ruzaini tiba-tiba sambil menarik tangan Ruhaizan.


Ruhaizan dan Ruzaini berjalan di pesisir pantai berdua sambil berbual.Sebenarnya , Ruzaini sengaja mengajak Ruhaizan tadi kerana untuk melarikan diri dari Mak Lijah.Sejak Ruzaini tahu tentang penyakit Ruhaizan tempoh hari , hubungan mereka semakin erat.Mungkin Ruzaini ingin cuba memperbaiki hubungan mereka selagi berkesempatan.Tiba-tiba Ruhaizan berasa sakit kepala yang teramat sangat.Dia memegang kepalanya menahan sakit.“along...kenapa ni?”Ruzaini sedikit panik.“sakit...”“kita balik ya...”Ruzaini mengajak Ruhaizan pulang.Baru beberapa langkah mereka meninggalkan kawasan pantai , tiba-tiba Ruhaizan rebah.Dia pengsan.


MAK LIJAH dan Pak Talib berlari-lari anak di dalam hospital mencari Ruzaini.Mereka bergegas ke hospital selepas diberitahu tentang Ruhaizan tadi.Ruziah dan Ruzana juga ada bersama.“Mak , Abah..!!”laung Ruzaini.Mak Lijah dan Pak Talib melangkah laju ke arah Ruzaini.“kenapa dengan along?!”Mak Lijah panik.Ruzaini kaku , tak tahu apa nak cakap walaupun dia tahu apa sebabnya.“Encik dan Puan ni orang tua Encik Ruhaizan ke?”soal seorang doktor yang baru keluar dari ruang kecemasan.“ya saya doktor , macam mana dengan anak saya doktor ?”“keadaan dia dah stabil sekarang dan kami dah pindahkan dia ke wad”“boleh kami tengok dia doktor?”“boleh , tapi sebelum tu , Encik dan Puan tolong ikut saya”arah Doktor Saufee.Mak Lijah dan Pak Talib hanya menurut.Ruzaini , Ruziah dan Ruzana segera ke wad yang menempatkan Ruhaizan.


“APA penyakit anak saya doktor ?” Mak Lijah panik.Doktor Saufee mengerutkan dahi.“puan tak tahu lagi?”“apa penyakit dia doktor ?, kami memang tak tahu”Pak Talib pula semakin panik.“dia ada Barah Otak , dan sekarang di tahap kritikal”kata Doktor Saufee tenang.“ya Allah.....”Pak Talib mengurut dada.Mak Lijah sudah mula berelinangan air mata.“tak ada ubat ke Doktor?”soal Mak Lijah.“dah tak ada apa yang kami dapat buat dalam keadaan sekarang ni.Dia mungkin akan hidup dalam sebulan dua saja lagi.Tapi itu pun atas kehendak Allah S.W.T.Kalau dia lebih sayangkan Ruhaizan dari kita , mungkin dia akan ambil dia lebih cepat dari yang kita sangka.Pak Talib makin laju mengurut dadanya.Nafasnya terasa tersekat.“abang..!!! , abang !!”Mak Lijah panik.Serangan jantungnya datang lagi.


“ALONG..!!!”Ruziah berlari mendapatkan Ruhaizan.Ruziah memang rapat dengan Ruhaizan.Ruzana dan Ruzaini mengekori dari belakang.Ruziah memeluk Ruhaizan dan menangis.Ruzana duduk di sebelah katil Ruhaizan.Ruzaini pula hanya duduk di sofa dengan mata yang merah dan penuh dengan mutiara jernih.“hei...kenapa korang ni..??Along belum mati lagi lah..”ujar Ruhaizan selamba.Mukanya pucat , dia baru sahaja sedar sebaik Ruziah memeluknya tadi.“along sakit apa?”soal Ruzana tenang.“along tak sakit apa-apa”dalih Ruhaizan.“kalau along tak sakit , kenapa along ada kat sini?”tempelak Ruziah sambil mengelap air matanya.“bagi tahu sajalah along , mereka perlu tahu , sampai bila along nak rahsiakan.Mak dan abah pun dah tahu”ujar Ruzaini tenang.Matanya masih merah.“mak dan abah dah tahu?”“doktor dah bagitahu mereka tadi”“mana diorang?”soal Ruhaizan pula.“abah kena serangan jantung lagi , mak tengah temankan abah sekarang ni”ujar Ruzaini lagi.Ruhaizan terdiam.“along sakit apa?!” Ruziah menggoncang badan Ruhaizan.Ruhaizan tersenyum dan merangkul tubuh kecil adik-adiknya itu.“alang dengan adik sayang along tak?”soal Ruhaizan.Ruziah dan Ruzana segera mengangguk.Ruzaini mula menitiskan airmatanya lagi.Tak tahan dia melihat situasi ini.Begitu murah air matanya disaat itu.“kalau sayang , alang dan adik kena janji dengan along” “janji apa?”soal Ruzana pula.“janji , alang dan adik kena belajar bersungguh-sungguh , nanti dah besar boleh jaga mak , jaga abah...janji?”Ruziah dan Ruzana mengangguk.“lagi satu , alang dengan adik kena janji , selalu doakan along bila along dah tak ada nanti”Ruzana mengerutkan dahi.Along nak pergi mana?Ruziah menolak badan Ruhaizan dengan muka yang masam.“apa along ni , cakap macam ni , alang tak suka lah”bentak Ruziah.“along cakap betul lang.Along dah tak lama lagi”ujar Ruzaini tenang.Ruziah merenung wajah Ruhaizan lama-lama.“kenapa , along sakit apa?”Ruzana bersuara , kini dia telah mula menangis setelah faham apa yang berlaku sebenarnya.“along sakit barah otak , along ada sebulan dua sahaja lagi masa untuk hidup”Pantas Ruzana memeluk tubuh sasa , itu erat.Ruziah tertuduk , airmatanya menitis laju.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi.Ya Allah , betul ke semua ni?


“ALONG , nak kemana tu?”jerit Mak Lijah dari beranda sebaik melihat Ruhaizan keluar dari Rumah bersama Ruzaini.“along nak ke pantai dengan angah”ujar Ruhaizan .Sudah seminggu Ruhaizan pulang kerumah.Keadaannya semakin lemah , mukanya semakin pucat , dan dia kerap kali pengsan.


Ruzaini memapah Ruhaizan duduk di tunggul kayu tempat biasa mereka melepak.Kemudian Ruzaini duduk di sebelahnya.“angah...”“ya long..”“janji pada along , belajar sungguh-sungguh , masuk universiti, lepas tu cari kerja bagus-bagus , bantu mak , Bantu abah , bantu adik-adik”“angah janji long”ujar Ruzaini tenang.“pasal duit , angah tak perlu risau , tak perlu mintak dari mak , dari abah.Along dah masukkan duit along dalam akaun angah.Angah guna sahaja duit tu.Jangan bazirkan duit tu untuk benda yang tak berfaedah , kalau adik-adik perlukan duit , guna saja duit itu.faham?”Ruzaini mengangguk.Sedih bila dikenangkan.Rasa macam nak menangis , tapi dia telah berjanji dengan Ruhaizan untuk tidak menangis lagi.Dia harus tabah , setabah Ruhaizan .


LIGAT tangan Mak Lijah menghidangkan sarapan pagi sambil dibantu Ruziah dan Ruzana.Ruzaini berjalan turun dari tangga untuk bersarapan.Pak Talib telah pun sedia menanti di meja makan.“angah , along mana ? tak turun lagi ?”soal Mak Lijah sebaik Ruzaini duduk di meja makan.“ada dalam bilik , tidur.”“tak apalah ,. Biar mak panggil”Mak Lijah terus mendaki tangga naik ke atas untuk ke bilik Ruhaizan.Perlahan-lahan Mak Lijah menolak pintu.Kelihatan ruhaizan terbaring di atas katil dengan masih berbaju melayu dan berkopiah.Sejadah masih terbentang di atas lantai.Mak Lijah menggelengkan kepala.Dia melipat sejadah itu dan menyangkutkannnya di kerusi.“along , dah pagi dah ni bangun , kita sarapan sama-sama”ujar Mak Lijah sambil membuka tingkap.Mak Lijah menjeling ke arah Ruhaizan.Tiada tindak balas.Mak Lijah mendekati Ruhaizan.“along...”Mak Lijah menggoncangkan sedikit badan Ruhaizan.Masih tiada jawapan.Badannya kaku , sejuk.“along.....along..!!!”air mata Mak Lijah sudah mula jatuh berguguran.Saat yang paling ingin dihindari itu muncul juga.“along!!!!”Mak Lijah meraung sekuat hati.


MAK LIJAH duduk termenung di tangga menegenangkan Ruhaizan.Sudah seminggu dia pulang ke pangkuan ilahi.Ya Allah , tempatkan dia di tempat orang-orang yang beriman ya Allah.Pak Talib sekarang berada di hospital kerana terkena tamparan hebat kerana pemergian Ruhaizan.Ruzaini lebih tenang mungkin kerana dia sudah lama bersedia , kerana dia orang pertama yang tahu tentang penyakit Ruhaizan dalam keluarga itu.Lagipun dia telah berjanji dengan Ruhaizan untuk menjadi seorang yang kuat.Ruziah kini menjadi seorang yang pendiam , tidak seperti dulu lagi.Begitu juga dengan Ruzana.“Mak....”Ruzaini memanggil Mak Lijah sambil duduk di sebelahnya.“nah....”Ruzaini menyerahkan sepucuk surat kepada Mak Lijah.“along tulis surat ni dulu.Dia suruh angah berikan surat ni pada mak , bila dia dah tak ada.”Mak Lijah mengambil surat itu dan membacanya.


Assalamualikum , kahadapan bonda ku yang ku cintai.Along harap , mak dalam keadaan sihat sekarang ni.Abah macam mana?Mesti dia ada kat hospital sekarangkan.Angah macam mana , dia menangis tak?Kalau dia menangis , mak tolong pukul dia untuk along , dia dah janji pada along tak nak nangis lagi.Alang dan Adik macam mana pulak?Mak tolong cakap pada diorang yang along sayang sangat pada diorang.


Mak , along dah pindahkan duit along dalam akaun mak.Separuh lagi along dah masukkan dalam akaun angah.Duit yang along masukkan dalam akaun mak tu , mak guan untuk buat haji dengan abah.Kalau ada lebih mak tolong uruskan upah haji untuk along.Duit yang along masukan dalam akaun angah tu along dah pesan pada dia untuk guna untuk pelajaran dia dan adik-adik.Kalau dia guna untuk benda tak penting , mak tolonglah tegur.


Dalam laci dalam bilik along tu ada kunci , geran rumah dan geran kereta.Rumah tu , along dah tukar atas nama mak.Nanti kalau mak pergi KL atau angah dapat belajar dekat KL ke , boleh pakai rumah tu je.Kereta tu pulak along dah tukar atas nama Abah , pakailah kereta tu , kalau nak pergi jauh-jauh.Kalau tak nak guna simpan sahaja lepas tu , bagi pada angah.

Ok lah mak , itu saja along nak bagi tahu , Along nak pesan satu je , Along sayang mak.Doakan along ya mak.

Wassalam.

Anakmu , Ruhaizan


Mutiara jernih yang ditahan sedari tadi jatuh juga tanpa desedari.Mak Lijah terharu dengan surat terakhir dari Ruhaizan itu.Baik sungguh anak yang satu ini.Ya Allah aku redha dengan pemergiannya , aku yakin syurga adalah tempatnya.Ruzaini memeluk ibunya itu.


‘.......yang pergi tetap pergi , yang tinggal perlu teruskan hidup......’



p/s:credit to farhan zuriyani :)

No comments: