Thursday, October 14, 2010

si gadis bazar ramadhan

Hidup bujang ni memang bosan.Apalagi time-time bulan puasa ni. Orang lain bahagia je masak-masak sendiri kat rumah. Aku pulak terpaksa ke bazar Ramadhan untuk beli juadah berbuka. Bukan aku malas nak gi beli, cuma malas nak bersesak-sesakan kat sana. Confirm ramai orang. parking pun confirm penuh memanjang. Yang aku paling hairan bila tengok mak cik-makcik dengan akak-akak yang rupa dah macam bini orang. Tak reti-reti ke nak masak sendiri kat umah? nak jugak datang beli. membazir betul. Aku ni lainlah.Kalau masak lagi rugi kot sebab makan pun sorang-sorang je. Bukan takde member ajak berbuka sama, tapi lepas tu confirm balik lambat.nak bersembang bagai plak. maghrib entah kemana.


Dalam aku dok membebel sorang-sorang, sampai jugak kat bazar ni. Dah agak dah.mesti penuh dengan umat manusia punya. Kat tangan masing-masing penuh beg plastik yang aku gerenti takkan abis punya diorang makan (kecuali yang nafsu makan tahap dinosaur la..haha). lagi satu yang buat aku malas nak datang bazar ni sebab awek-awek sini tak reti langsung nak hormat bulan mulia ni.Pakai baju macam nak gi club je.seksi yang menyeksakan mata aku.Hari ni nak makan ape ek? Ni yang lagi satu masalah. Pilihan memang banyak.Tapi tak banyak yang aku berkenan.Mak aku penah cakap aku ni kurus sangat sebab makan memilih sangat.Biarlah mak.Asalkan masuk tekak, tak keluar balik.haha.


Akhirnya, aku pilih nak makan nasi beriyani walaupaun baru 2 hari lepas aku makan nasi beriyani.lantak lah. lagipun Nasi beriyani makcik ni sedap.harga pun okey je.menu utama dah beres, nak beli sesuatu untuk makan lepas terawih.masa tu gerenti lapar datang lagi.tiba-tiba aku terpandang suatu yang indah...


Seorang awek tengah senyum.Alahai manisnya macam air tebu buat buka puasa.Anggun dengan tudung merah, ramah melayan pelanggan yang datang. Terus aku menghampirinya.Rupanya dia jual murtabak. Elok sangatla tu.Aku pun agak-agak nak beli murtabak tadi.


"Awak, bagi murtabak satu.nak yang ayam ye," aku mengukirkan senyum padanya dengan harapan dia senyum balik. memang dia senyum balik. Alahai cik adik, janganla buat abang macam ni.


"satu cukup ke?" Eh ni teknik marketing ke ape?"cukuuplah, lagipun saya makan sorang je.Maklumla orang bujang, awek pun takde lagi," aku pulak membalas dengan teknik mengayat.haha. dia tergelak kecil.namun masih terserlah ayu wajahnya.dah macam lagu kumpulan exists plak aku ni.


"Ni awak buat sendiri ke?" aku masih nak cuba nasib.


"ha'ah buat sendiri.tolong mak saya je," dia menjawab sambil menjeling ke arah emaknya di belakang.


"Patutlah nampak macam sedap je, kalah pizza hut ni," aku masih cuba membuat lawak.Dia tergelak lagi. Aku pun tak tahu la mana datang mode mengayat yang tiba-tiba muncul ni.huhu


"Pandai la awak ni.okey, ni murtabak awak," aku menyambut huluran murtabak tu lalu menyerahkan duit bayaran untuknya.saat aku nak menyambung sessi mengayat tiba-tiba datang sorang brader ni.


"Dik, bagi murtabak lapan," mak aih sampai 8 tu beli. Potong line betul la brader ni.Terpaksa aku senyum dengan tanda "izinkan aku berundur dulu"padanya.


"esok datang lagi tau," dia sempat menghadiahkan senyuman sebagai peneman tidurku malam ni. Datang lagi? adakah....?



p/s:credit to farhan zuriyani :)

2 comments:

Azwan Aziz said...

nak tanya sket, sape farhan zuriyani?

nabila sani said...

farhan zuriyani tu mmber je . knp ?