Tuesday, November 2, 2010

lafazkan cinta

“Hoi!! tengok apa tu?”sergah Farouqy.“eh…abang, tak ada apalah.”“ohh…kamu tengok awek ek.”soal Farouqy sebaik melihat kearah yang dilihat oleh Iman tadi.Iman lantas meninggalkan tempat itu.Farouqy membontotinya.“Pergilah mengorat budak tu, apa nama dia?”“Ainul Mardiyah, tapi orang kawan-kawan dia panggil Ain je.”jawab Iman malas.“ohh..Ain? pergilah ngorat dia, kalau kamu tak tahu, abang boleh ajar, ini Megat Farouqy Megat Al-Bakri, Romeo universiti ni.”ujar Farouqy dengan megahnya.“ceh…romeo!! awek seorang pun tak ada!”Iman mencebik.“janganlah cakap kuat-kuat, nanti orang dengar rosaklah reputasi abang.Lagipun abang yang tak naklah, kalau abang nak dah penuh dah keliling pinggang ni.”Farouqy bermegah lagi.“nak tak abang ajar macam mana nak mengorat budak Ain tu?”“tak naklah bang, siapalah saya ni nak mengorat Ain tu? Rupa pun tak berapa nak ada, harta jauh sekali, pendidikan pun cukup-cukup makan je.”Iman merendah diri.“Man, kamu ni merendah diri sangat, dah tentulah kamu kalah dengan abang, abang kan keturunan Megat termacho dan terkacak seantero dunia, tapi kamu ni masih dalam katogori lelaki idaman wanita.Abang rasa, perempuan macam Ain tu tak kisah harta benda ni semua, lagi satu kalau kamu tak pandai, tak adanya kamu kat universiti ni.”pujuk Farouqy, namun masih sempat dia bermegah.“tak naklah bang, buat apa pun ngorat dia.”“buat apa? kalau dia terlepas kat orang lain macam mana?”“biarlah.”“biarlah? kamu suka kat dia kan?”Farouqy semakin keliru.Iman mengangguk perlahan.“habis tu?”“Biarlah bang, Saya tak nampak kenapa saya perlu ngorat dia.Lagipun saya datang sini nak belajar, bukan bercinta.”ujar Iman selamba.“peliklah kau ni!!”Iman tertawa kecil.“yang abang ikut saya ni, abang tak ada kelas ke?”soal Iman sambil memberhentikan langkah.“astaghfirullah al-azim.”Farouqy mengucap panjang sambil menepuk dahi.“kamulah punya pasal ni.Dahlah abang pergi dulu.”Farouqy pantas memecut menuju ke dewan kuliah.Iman ketawa geli hati dengan gelagat seniornya yang juga teman sebiliknya itu.Kelakar betul.








“Eh…Ain, kau perasan tak?”soal Aisyah.“Perasan apa?”soal Ainul Mardiyah kembali.“Mamat tadi tu asyik perhatikan kau je.”ujar Aisyah teruja.“siapa?”“yang tadi tu.Yang dengan Abang Aqi tadi tu.”“ohh…Iman?”Soal Ainul Mardiyah kembali.“Iman nama dia?”“Muhammad Iman Danial.”“Nama penuh pun kau tahu?”Aisyah seakan tidak percaya.Ainul Mardiyah hanya sekadar tersenyum.“ dia tu ke orang yang kau cerita kat aku tu?”Ainul Mardiyah mengangguk perlahan.“betul ni? wah, kacak juga orangnya.Pernah bercakap dengan dia?”Aisyah teruja.Ainul Mardiyah menggelang.“kau biar betul..”“betul.Dia ambil course lain.Kelas pun lain-lain.Tak ada peluang langsung nak bercakap.”“habis tu, dia tak pernah tegur kau? aku tengok dia macam suka kat kau je.”“itulah masalahnya, dia just pandang aku je.Paling-paling pun dia senyum.Tujelah yang dia buat.”“ohh…habis tu, kau tak nak tegur dia?”soal Aisyah lagi.“kau gila!! takkan perigi nak cari timba.Aku ni perempuan, dia lelaki, patutnya dia yang mulakan dulu, bukan aku.”“betul juga tu..”Aisyah bersetuju.“Dahlah tu, jangan cakap lagi.Jom cepat.Nanti balik pulak Prof Azizah tu.”







Farouqy dan Iman berjalan beriringan menuju ke asrama.Sekali sekala terdengar gelak tawa dari mereka.Mereka berdua memang rapat.Farouqy telah menganggap Iman seperti adiknya sendiri memandangkan dia sendiri tiada adik.Iman juga begitu.Dia hanya ada seorang kakak dan adik perempuan, Farouqy telah dianggap sebagai abangya sendiri.Tiba-tiba Iman terdiam dan tertunduk.Farouqy kehairanan.“kamu ni kenapa?”Farouqy kemudian ternampak Ainul Mardiyah Dan Aisyah berada di hadapan mereka.“ohh…Man, tu gadis pujaan kau tu..”usik Farouqy.“Assalamualaikum..”Farouqy memberi salam pada Ainul Mardiyah dan Aisyah apabila mereka berselisih.“Waalaikummussalam..”Jawab mereka berdua serentak sambil tersenyum.Iman seakan tersentak.Ini pertama kali dia berada begitu dekat dengan Ainul Mardiyah.Suaranya juga begitu merdu dirasakan.Farouqy memandang wajah Iman sambil tersenyum nakal.“amboi..merah padam muka, malulah tu..”usik Farouqy.Iman menolak badan Farouqy.Hampir sahaja Farouqy melanggar pokok disebabkan tolakan dari Iman itu.“huih…kau..agak-agaklah, abang langgar pokok tu nanti habis kemik hidung, jatuh lah saham abang.!!”protes Farouqy.“padan muka….”“alah…malulah tu, tak payah berlakaon lah, abang tahu kamu suka kan..kan..kan..kan?”Iman tersenyum juga akhirnya.Farouqy ketawa berdeka-dekah geli hati.






Sekali-sekala Iman memandang jam didinding.Pukul 12.30 malam.Iman mengiring memandang Farouqy di katil sebelah. ‘Dah lena dah.’bisik hati Iman.‘apahallah susuh sangat aku nak tidur ni?!’ rungut Iman perlahan.Iman memerhati Farouqy tidur sesekali Farouqy tersenyum.Iman ketawa kecil.‘apalah yang dimimpinya tu.Jumpa Elyana kot.’ujar Iman.Teringat dia ketika Farouqy memberitahunya yang artis pujaannya adalah Elyana, Iman ketawa terbahak-bahak.Kata Romeo tapi suka kat Elyana.Iman menelentangkan badannya dan memandang siling.Seakan tergambar wajah Ainul Mardiyah disitu.Teringat pula peristiwa petang tadi.Walaupaun cuma tak sampai seminit, tapi saat itu cukup bahagia.Iman tersenyum sendiri. ‘Ain, saya suka kat awak.’Iman berbicara sendiri.Jauh dilubuk hatinya teringin sekali dia mahu mengungkapkan kata-kata itu dihadapan Ainul Mardiyah.Tetapi apa boleh buat, dia segan.Segan sangat.








Iman menyarung baju ke badan.Dan dengan malasnya dia menyisir rambut.Matanya masih kuyu, masih mengantuk.Malam tadi lewat tidur sebab berangankan Ainul Mardiyah.Farouqy yang baru selesai mandi masuk ke dalam bilik.Dia memerhati gelagat Iman dengan pandangan yang pelik.Selesai menyisir rambut Iman mencapai begnya dan menuju ke pintu.“eh..eh..Man, kejap.”panggil Farouqy.Iman memberhentikan langkah dan memandang Farouqy.“kamu nak pergi mana ni?”soal Farouqy sambil menghenyakkan punggungnya di atas katil.“nak..nak pergi kelaslah, kenapa?”soal Iman pula kehairanan.“nak..nak pergi kelas macam tu? bertuala je?”Tersentak Iman mendengar kata-kata Farouqy itu, lantas dia memerhatikan pula dirinya.“astahgfirullah al-Azim…Subhanallah.”Iman mengucap panjang sambil bersandar pada dinding.Farouqy sudah ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut.Iman kembali pada almari pakaiannya dan mencari seluar.“kamu ni kenapa Man? tak sihat ke?”soal Farouqy dalam tawanya.“dahlah tu janganlah gelak.!!”bentak Iman sambil menyarung seluar di kaki.“heh…marah pulak.Patutnya kau berterima kasih tau kat abang sebab abang tegur kau sekarang, kalau kau dah lepas ke kelas tadi macam mana?”“yelah..yelah terima kasih…!!”bentak Iman sebelum berlalu keluar.“macam tak Ikhlas je..”laung Farouqy sebelum menyambung tawanya.‘apa kenalah budak tu, dah buang tabiat agaknya.’ujar Farouqy sendiri.







Aisyah masuk ke kafetaria dan mencari Ainul Mardiyah.Mereka telah berjanji untuk bertemu di situ.Selepas puas meninjau-ninjau baru Aisyah ternampak kelibat Ainul Mardiyah.Ainul Mardiyah menghadiahkan senyuman.Aisyah membalasnya dan segera mendapatkan Ainul Mardiyah.“dah lama tunggu? sorry lambat.”soal Aisyah sambil menghenyakan punggungnya pada kerusi di hadapan Ainul Mardiyah.“tak apa.”ujar Ainul Mardiyah sambil tersenyum.Seketika kemudian Aisyah terperasan sesuatu dan dia tersenyum.“Ain, tu..”ujar Aisyah sambil memanjangkan muncungnya menunjuk kepada Iman yang duduk bersama kawan-kawannya di meja yang tidak jauh dari situ.Ainul melihat kearah yang ditunjukan Aisyah.Ainul Mardiyah tersenyum.Aisyah juga turut tersenyum melihat riaksi Ainul Mardiyah itu.“Sukalah tu..”Usik Aisyah.Ainul Mardiyah tersipu malu.“makin handsome pulak Iman tu aku tengok.”puji Aisyah.Ainul Mardiyah hanya tersenyum.“dia masih tak tegur kau ke?”soal Aisyah.Ainul Mardiyah mencebik.“Kalau macam nilah gayanya, sampai grad nanti pun korang masih macam ni juga.”“kalau dah ditakdirkan kami macam tu je, tak apalah.”“macam orang dah putus asa je.”“apa yang boleh aku buat? semua nya terpulang pada dia.”Aisyah mencebik.







Farouqy berlari-lari anak untuk mendaptkan Aisyah.Ada Sesuatu yang dia ingin katakan.“Hai Chah.”ujar Farouqy selamba selepas dapat memintas Aisyah.“eh..Abang Aqi.Assalamualaikum.”sindir Aisyah.“Waalaikummussalam..”jawab Farouqy sambil tersipu malu kerna tersindir.Aisyah tersenyum melihat riaksi Farouqy itu.“Chah nak pergi mana ni?”soal Farouqy.“Nak pergi library.Ni apa ‘Chah’ pulak, Aisyah lah.”bentak Aisyah.“Ala, nama Chah tu kan comel sikit bunyinya.”“hish..Abang ni kenapa ni? ada apa sebenarnya.Saya nak Cepat ni.Kawan saya dah tunggu dah tu.”“alah, nantilah dulu abang ada benda nak cakap ni.”“apa dia?”“meh kita duduk dulu.”ajak Farouqy.Aisyah membontoti Farouqy duduk di kerusi yang disedikan di koridor itu.“cakaplah apa dia?”soal Aisyah lagi.“macam ni, sejak belakangan ni, abang tengok, si Iman tu, dah macam orang tak betul, apa sahaja dia buat tak kena.Selalu tak cukup tidur.”Farouqy memulakan bicara.“apa pulak kaitannya dengan saya?”Aisyah keliru.“Chah nak tahu kenapa dia jadi macam tu?”“dia sebenarnya dah jatuh cinta.”tambah Farouqy lagi.Aisyah mengangkat kening. ‘Iman dah jatuh cinta? tak ada harapanlah untuk Ain.’bisik hatinya.“nak tahu dia jatuh cinta dengan siapa?”soal Farouqy lagi.Aisyah mengangguk laju.“Ainul Mardiyah.”“Ain?”Aisyah seakan tak percaya.Farouqy mengangguk perlahan.Aisyah tersenyum. ‘suka sama suka rupanya diorang ni.’bisik Hati Aisyah lagi.“Oklah abang nak cakap tu je.OK, abang pergi dulu , assalamualikum.”Farouqy memberi salam dan terus beredar.“Waalaikummussalam.”jawab Aisyah.












Iman membelek buku-buku di rak buku.Matanya membelek buku, tetapi hatinya asyik terfikirkan Ainul Mardiyah.Iman mengambil beberapa buah buku dan terus mencari tempat duduk.Tidak lama selepas itu, Farouqy menyertainya.Farouqy memerhati Iman dengan pandangan yang pelik.Iman termenung.“Man…Man!!”panggil Farouqy tetapi dalam nada suara yang rendah kerana risau mereka akan di halau keluar dari perpustakaan itu.“ya…”jawab Iman malas.“kamu ambil kursus seni bina kan?”Soal Farouqy.Iman hanya mengangguk.“habis tu, kau ambil buku ‘Nursing’ tu buat apa?”Iman memandang buku yang diambilnya tadi.Bulat biji matanya.“astaghfirullah al-azim.”Iman mengucap panjang dan terus meletakan kepalanya di atas meja.Farouqy menekup mulut menahan tawa.Kalau bukan dia berada di perpustakaan sudah lama dia ketawa terbahak-bahak.Kemudian Farouqy mendapat idea nakal.“Man.!!..Man!!”panggil Farouqy.“…apa..!!”“Ain…Ain…”“Ha?! Mana? Mana?”Laju Iman mengangkat kepala dan terus meninjau sekeling mencari kelibat Ainul Mardiyah.Tapi tiada.Farouqy kembali menekup mulutnya.Terhenjut-henjut badannya menahan tawa.Iman memandang Farouqy dengan mata yang mencerun.‘dia kenakan aku rupanya!’bentak hati Iman.“sudahlah!!”bentak Iman lantas bangun semula untuk menukar buku.Farouqy masih ketawa.







Iman khusyuk mengulang kaji pelajaran di meja tulisnya.Walupun dia cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian namun didalam fikirannya masih tak lekang dari memikirkan Ainul Mardiyah.Hairan betul dia tentang diri dia.Iman menggaru-garu kepalanya.Runsing!!Runsing!!Farouqy hanya memerhati dari katilnya.Kadang-kadang dia tersenyum melihat gelagat Iman. ‘Ini agaknya rupa orang yang tidak pernah bercinta tiba-tiba jatuh cinta.’bisik hatinya.“Man, kamu mesti tengah fikir tentang Ain kan?”Farouqy meneka.Iman tersentak lantas dia berpaling memandang Farouqy. ‘hai!! abang Aqi ni boleh baca fikiran orang ke?!’“Man,abang rasa kamu ni tengah angau tau! tengah dilamun cinta.Tulah pasal kamu jadi macam orang tak betul sejak kebelakangan ni.”ujar Farouqy selamba.“merepeklah abang ni.”Iman mencebik dan kembali menghadap bukunya.Farouqy lantas menarik kerusi dari meja tulisnya dan dibawa kesebelah Iman dan dia duduk di situ.“Man, abang rasakan, kamu kena juga cakap kat budak Ain tu yang kau suka kat dia.”Iman hanya buat endah tak endah dengan kata-kata Farouqy itu.“Man, dengar sini.”ujar Farouqy sambil meletakan lengannya di bahu Iman.Iman memandang wajah Farouqy sekilas dan kembali memandang bukunya.“selagi kamu tak cakap, selagi tulah kamu akan terus macam ni.Kamu tau apa akibatnya kalau kamu terus macam ni?”Iman memandang wajah Farouqy lagi.“akibatnya nanti kamu asyik terfikirkan tentang Ain.Kau makan ingatkan Ain, kau tidur mimpikan Ain dan kau tengah belajar pun kau terfikirkan Ain.Nanti tak dapat fokus dalam kelas, bila exam dah tak tahu nak jawab, lepas tu gagal, akhirnya kena buang dari universiti, terus gelap masa depan.”ujar Farouqy bersungguh-sungguh.Bulat biji mata Iman mendengar kata-kata dari Farouqy itu.“takkanlah sampai macam tu sekali?”Iman seakan tak percaya.Farouqy tersenyum. ‘lurus betul budak ni.’“tak adalah sampai macam tu, tapi tak mustahil boleh jadi macam tu.”ujar Farouqy lagi sambil berjalan kembali ke katilnya.Iman juga turut berpaling memandang Farouqy.“belum ada yang mati lagi sebab luahkan perasaan.Tak salah kalau berterus terang kat dia.Kau tak perlu ajak dia bercinta pun cukup kamu lafazkan sahaja cinta kamu tu.”Ujar Farouqy lagi sambil merapikan katilnya.Iman termangu seketika.“dahlah , abang nak tidur dulu.Jangan lupa tutup lampu.Selamat malam, Assalamualikum.”“Waalaikumusslam.”jawab Iman sambil otaknya ligat memikirkan kata-kata Farouqy tadi. ‘perlu ke aku cakap.?’Iman menyoal dirinya sendiri.


















Ainul Mardiyah termenung di koridor asrama.Matanya memandang ke langit, tetapi fikirannya terbang entah kemana.“Ain!!”Aisyah datang dan menyergah Ainul Mardiyah.Ainul Mardiyah tersentak dari lamunannya.“Kau ni!! terkejutlah aku!!”bentak Ainul Mardiyah.Aisyah ketawa kecil lalu menyandarkan badannya ke tembok koridor tersebut.“kau ni kenapa Ain.Sejak kebelakangan ni aku tengok kau asyik termenung sana, termenung sini macam orang tengah angau.Kau tengah dilamun cinta ek?”Soal Aisyah teruja.“hish…kau ni merepek je..”“alah terus terang ajelah, kau dah jatuh cintakan? dengan Iman kan?”“malaslah nak layan kau.”bentak Ainul Mardiyah dan terus masuk ke biliknya.Aisyah mengekorinya.“Ain, semalam Abang Aqi jumpa aku.”cerita Aisyah sambil duduk di atas katil.“kenapa,dia ngorat kau ek?”usik Ainul Mardiyah sambil melipat baju-baju yang baru diangkatnya tadi.“tak adalah , tapi kalau dia ngorat pun aku suka, yelah diakan handsome.”“gatalnya kau!!”selar Ainul Mardiyah.Aisyah ketawa.“tak adalah, bukan tu.Dia jumpa aku dan dia cakap…”“cakap apa?”Ainul Mardiyah sedikit teruja.“dia cakap yang Iman dah jatuh cinta.”“Iman…?”perlahan sahaja nada suara Ainul Mardiyah.“kau tau dia jatuh cinta pada siapa?”Soal Aisyah.Ainul Mardiyah hanya diam.“dia dah jatuh cinta pada Cik Ainul Mardiyah binti Haji Hassan.Pelajar Tahun satu bidang Perakaunan.”ujar Aisyah sambil tersenyum memandang Ainul Mardiyah.Ainul Mardiyah mengangkat semula wajahnya memandang Aisyah sambil tersenyum malu.“alah..alah..alah..malulah tu.Merah padam muka.!!!”usik Aisyah.“aku peliklah, kalau dah suka apasal dia tak nak luahkan je perasaan dia kat kau?”soal Aisyah lagi sambil memeluk lutut.Ainul Mardiyah mencebik.“entah, dia segan kot.Yelah aku ni kan dulu sekolah kat sekolah agama, anak ustaz.”“dia tahu ke? mana dia tahu?”Aisyah kehairanan.“dia tahu rasanya.Kau tahu tak sebenarnya, aku dah kenal dia sejak zaman sekolah lagi.”Ainul Mardiyah membuka cerita.Aisyah bangun dari katilnya dan duduk di sebelah Ainul Mardiyah.“dia satu sekolah dengan kau ke?”“taklah, dia sekolah lain.asrama juga.Tapi sekolah kami dekat-dekat.”cerita Ainul Mardiyah.“ohh…habis macam mana boleh jumpa?”soal Aisyah lagi.“Dulu setiap kali aku balik dari asrama, aku selalu nampak dia kat stesen bas.Aku perasan dia selalu pandang aku.Mula-mula tu rasa tak selesa juga tapi lama-lama dah jadi tak kisah.Lagiun akupun suka tengok muka dia.Rasa sejuk hati bila tengok muka dia.Bila dah tamat sekolah, rindu pulak kat dia.Tapi masa pendaftaran hari tu, aku nampak dia lagi, kat sini.”“ohh…habis tu, dari dulu sampai sekarang korang asyik pandang memandang jelah ek? langsung tak pernah bercakap?”soal Aisyah lagi.“pernah, tapi sekali tujelah.Masa tu Outing, aku keluar pergi bandar.Dia pun sama.Waktu tu, pas pelajar aku tercicir, dia yang jumpa dan di pulangkan balik kat aku.Waktu tu lah aku tahu nama dia, aku ternampak tag nama kat uniform dia.Waktu tu juga dia tahu nama aku dari pas pelajar aku tu.”cerita Ainul Mardiyah lagi.“ohh…lepas tu dia tak pernah bercakap dengan kau lagi?”soal Aisyah.Ainul mardiyah menggeleng.“kalau susah-susah sangat, kau je yang mula tegur dia dulu.Mungkin Iman tu tergolong dalam kumpulan lelaki yang pemalu tahap gaban kot.”ujar Aisyah.“seganlah aku, nanti dia ingat aku ni desperate sangat.”sanggah Ainul Mardiyah.“tak adalah.Kau ni negative thinkinglah.Tak bermakna, seorang wanita yang mulakan sesuatu hubungan tu desperate.Ingat tak, masa Rasulullah berkahwin dengan Saiyidatina Khadijah dulu, bukankah Saiyidatina Khadijah yang mulakan dulu.Saiyidatina Khadijah bukannya desperate sangat kan?”ujar Aisyah.Ainul Mardiyah terdiam seketika. ‘betul juga tu.’“atau pun macam ni.Kalau kau segan nak cakap, apa kata kita biarkan dia yang cakap.”cadang Aisyah.“dia tak akan cakap.Kalau dia nak cakap dari dulu dia dah cakap.”“kalau macam tu, kita bagi dia sedikit perangsang.”cadang Aisyah lagi dengan mata membulat.“perangsang?!”





Aisyah memandang sekeliling mencari kelibat Farouqy. ‘mana pulak Abang Aqy ni, selalu ada je muka dia.Ni tak ada pulak.’rungut Aisyah.Dia beralih semula ke blok sebelah. ‘hah..ada pun.’Aisyah berlari-lari anak mendapatkan Farouqy.“Abang Aqy!!”laung Aiysah.Farouqy menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu.Dia tersenyum apabila melihat Aisyah yang memanggilnya tadi.“hai Chah..kenapa cari abang ni? nak ajak abang pergi makan ek? jom, abang tengah free ni.Chah nak belanja?”Farouqy mula merepek.Aisyah mengerutkan dahi.“apa bang merepek ni, lagi pun buat apa saya nek pergi makan dengan abang?”“alah, malu-malu pulak, ok tak pea bang yang belanja, jom.”“heh…ni yang malas nak cakap dengan abang nit au, merepek je, balik lah macam ni!!”ugut Aisyah.“ok..ok..ok..alah Chah ni , abang gurau je lah.Itupun nak nak merajuk.”“tau pun.!!”Aisyah mencebik.“ok, Chah ada apa nak cakap dengan Abang ni?”Farouqy bersura manja.“Saya nak cakap sikit ni, pasal Iman dan Ain.”Farouqy mengangkat kening seakan Ziana Zain.“Iman dan Ain ??!!”



Farouqy mendaki tangga asrama lelaki untuk menuju kebiliknya sambil membaca surat yang diberikan oleh Aisyah tadi. ‘bagus juga puisi ni.’puji Farouqy didalam hati.Farouqy menyimpan semula surat yang mengandungi puisi yang ditulis sendiri oleh Ainul Mardiyah.Farouqy memandang keadaan sekeliling.Rasanya Iman belum balik lagi.Kebiasaannya memang Iman belum balik lagi sekarang ni.Perlahan Farouqy memulas tombol pintu biliknya.Masih berkunci.Sah Iman masih belum pulang.Farouqy mengeluarkan kunci dan membuka pintu.Farouqy masuk dan menutup semula pintu.Farouqy memerhati katil Iman dan meja tulis Iman. ‘aku nak letak kat mana surat ni?’soalnya sendiri.Menurut kata Aisyah tadi terpulanglah dia nak letak surat tu di mana asalkan Iman baca surat tu dan tak tahu yang surat tu datangnya dari Ainul Mardiyah.Farouqy meletakan surat itu di atas meja tulis Iman.Dia pasti Iman pasti akan membaca surat tu.Farouqy tersenyum.Moga-moga suarat yang kononnya sebagai ‘perangsang’ kepada Iman ini berjay berfungsi seperti yang diharapkan.Farouqy keluar semula dari bilik dan kembali mengunci pintu sebelum meninggalkan bangunan asrama dengan hati yang tenang.




Iman membuka pintu biliknya dan masuk kedalam.Pintu dibiarkan terbuka.Iman meletakan begnya diatas katil.Dia menuju ke almarinya dan mengambil sabun dan syampu sebelum menarik tuala yang di sangkut di kepala katil.Iman berjalan semula ke ke pintu untuk ke bilik air.Sesampai di muka pintu Iman memberhentikan angkah.Iman berpatah balik melihat ke atas meja tulisnya.Benar , ada sesuatu di atas meja itu.Iman kembali ke meja tulisnya dan mengambil ketas berwarna hijau muda itu.Iman membukanya. ‘puisi..siapa punya ni? abang Aqi ke?’ soal hati Iman. “takkan ‘mat romeo’ baca puisi kot?”katanya sendiri sambil tergelak kecil.Iman kemudian duduk di katil dan membaca puisi tersebut.







Cinta adalah suatu perasaan aneh,Yang hadir di dalam hati dan bisa,membuatkan kita tak tenteram,tak senang duduk,tak lalu makan,tak lena tidur,cukup menyusahkan.



Tetapi,



Cinta juga adalah suatu perasaan aneh,yang hadir didalam hati dan bisa,membuatkan kita gembira,bersukaria,riang ria,dibuai mimpi indah,dan seakan diawang-awangan,cukup membahagiakan.



Tak salah untuk merasai cinta,Kerana,Cinta itu satu perasaan,yang tulus, jujur dan murni,lahir dari hati yang suci.



Kerna itu cinta sebenarnya tidak perlukan balasan,cukup sekadar dilafazkan,supaya tidak menjadi racun bila dipendamkan.racun yang cukup membahayakan.lafazkanlah cinta.






Iman baring sambil merenung siling biliknya.Fikirannya tak tenang.Ligat fikirannya memikirkan puisi yang dibacanya siang tadi.Sekali-sekala dia terinagt kembali kata-kata Farouqy kepadanya tempoh hari.



‘ Kerna itu, cinta sebenarnya tidak perlukan balasan,cukup sekadar dilafazkan,supaya tidak menjadi racun bila dipendamkan.racun yang cukup membahayakan.lafazkanlah cinta.’



“belum ada yang mati lagi sebab luahkan perasaan.Tak salah kalau berterus terang kat dia.Kau tak perlu ajak dia bercinta cukup kamu lafazkan sahaja cinta kamu tu.”



“Man, abang rasakan, kamu kena juga cakap kat budak Ain tu yang kau suka kat dia.”



“akibatnya nanti kamu asyik terfikirkan tentang Ain.Kau makan ingatkan Ain, kau tidur mimpikan Ain dan kau tengah belajar pun kau terfikirkan Ain.Nanti tak dapat fokus dalam kelas, bila exam dah tak tahu nak jawab, lepas tu gagal, akhirnya kena buang dari universiti, terus gelap masa depan.”



Iman bangun dan duduk di birai katil.Dia menggagau kepalanya.Runsing betul!!IMan merenung Farouqy yang sedang nyenyak tidur diulik mimpi.‘patut ke aku ikut cakap abang Aqy dan terus-terang saje pada Ain?’‘betul juga kata abang Aqy, belum pernah lagi ada yang mati sebab luahkan perasaan.’‘tapi macam mana kalau dia tak suka?’‘kalau dia tolak aku..aduh!!! malu gila.’‘tapi kalu aku tak cuba, macam mana aku nak tahu dia suka ke tak?’Iman berdiolog dengan dirinya sendiri didalam hati.Iman bangun dari katil dan keluar untuk mengambil wuduk.Disaat ini hanya Allah yang mampu menolongnya.Seketika kemudian Iman kembali semula ke bilik.Dia mencapai sejadah dan dibentangkan sejadah itu di atas lantai.Lantas Iman berdiri di atas sejadah itu lalu mengangkat takbir.Iman mendirikan solat sunat Tahajjud, solat sunat Hajat dan diakhiri dengan solat sunat Istikharah.Di atas sejadah yang terbentang itu Iman menadah tangan berdoa kepada Allah supaya ditunjukan jalan yang benar padanya supaya dia tidak tersesat jauh.Iman juga berdoa agar Allah memberikannya petunjuk apakah yang harus dilakukannya.Meluahkan perasaan pada Ain, atau cukup sekadar dipendam sahaja.Usai berdoa, Iman melipat semula sejadah dan menyidainya pada kerusi.Iman duduk semula di atas katil sebelum merebahkan badannya.Hatinya sudah sedikit tenang.Tidak disedari, Iman sudah melelapkan mata.






Iman berjalan sendirian di sebuah taman.Tidak jauh dari situ, Iman ternapak seseorang yang sedang duduk diatas sebuah bangku panjang.Iman menghampirinya.Ainul Mardiyah rupanya. ‘Cantik betul Ain.’ Ainul Mardiyah tersenyum padanya.Iman mambalas senyuman itu.Iman menghampiri Ainul Mardiyah lagi.Kini Iman betul-betul berada dihadapannya.Ainul Mardiyah berdiri berhadapan dengan Iman.Senyuman manisnya masih menghias bibir.Iman merenung wajah Ainul Mardiyah sedalam-dalamnya.Terasa bahagia dihati.“man..man..”kedengaran satu suara memanggilnya.“Man!!”suara tadi semakin deras.Iman tersedar dari tidurnya.“man bangun, dah subuh dah ni..”ujar Farouqy lagi.Terpisat-pisat Iman bangun dari pembaringan.“dah..dah pergi cepat mandi, nanti habis pulak waktu subuh.”ujar Farouqy lagi.Iman bangun dan terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air.







Iman duduk termenung memikirkan tentang mimpinya malam tadi.Sejak pagi tadi dia terfikirkan tentang perkara itu.‘apa maksud mimipi tu?’‘itukah hasil solat sunat Istikharah yang aku buat malam tadi.?’‘tapi apa maksudnya?’‘dalam mimpi tu, aku jumpa Ain, dia senyum kat aku dan aku senyum kat dia.’‘mungkin Allah memberi petunjuk supaya aku berterus terang sahaja pada Ain.’‘ya betul.Mungkin itulah maknanya.’‘aku kena cakap pada ain.’‘KENA CAKAP!!’Iman menutup bukunya dan keluar dari perpustakaan tertsebut.Iman terus menuju ke stor sukan. ‘rasanya Abang Aqy ada cakap dia ada kerja kat situ.’Iman meninjau-ninjau dalam stor tersebut mencari Farouqy.“abang Lan, Abang Aqy ada?”soal Iman pada Azlan yang berada tak jauh dari situ.“Abang Aqy?”Azlan masuk semula ke dalam dan memanggil Farouqy.“Aqy!! ”laung Azlan.“ye..!!”“adik kau cari ni ha..”laung Azlan lagi.“ye..kejap..”laung Farouqy kembali. ‘bila pulak aku ada adik?’ soal Farouqy sendiri.“kejap lagi dia datang.”ujar Azlan dan terus berlalu pergi.“lah..kamu rupanya, mati-mati abang ingat mak abang dah beranak seorang lagi.Ada apa ni?”Iman lantas menarik tangan Farouqy keluar dari stor tersebut.“abang, saya dah buat keputusan.”“keputusan apa?”“saya dah nekad nak terus terang kat Ain.”Iman membulatkan tekad.“betul?”Farouqy teruja.Bulat matanya mendengar kata-kata Iman itu.Iman mengangguk. ‘menjadi juga ‘perangsang’ diorang ni.’ujar hati kecil Farouqy.“kalau macam tu jom..”ajak Farouqy.“pergi mana?”soal Iman pula.“kata nak terus terang kat Ain?”“sekarang?!”“tak nak tak pe, tiga tahun lagi pun boleh.”Farouqy berseloroh.“kalau tiga tahun lagi, saya pun dah grad dah.”“tau tak apa.dah jom.”Farouqy memaut leher Iman dan menariknya mengekorinya.






“APA saya nak buat ni bang!!”Iman cemas.“nak tau? first sekali, kamu kena cari Ain.Kamu tahu Ain kat mana?”soal Farouqy.Iman menggeleng.“kenapa tak tahu?”“manalah saya tahu.”balas Iman.“kau ni lembap betul lah.”“Assalamualikum.”Farouqy menahan seorang pelajar perempuan yang melintasi mereka.“Waalaikumussalam.”jawab gadis itu.“pelajar tahun satu kan?”soal Farouqy.Gadis tadi mengangguk.“kenal Ain tak?”“Ain? Ain yang mana satu?”soal gadis tadi kembali.“Ainul Mardiyah.”celah Iman.“ohh..kenal..kenal.Kenapa bang?”“tau dia kat mana?”soal Farouqy lagi.“kalau tak silap tadi nampak dia kat kafetaria.Tapi sekarang tak tahulah pulak.”“ohh..ok.Terima kasih.”ucap Farouqy sambil tersenyum.“Sama-sama.”jawab gadis tadi dan terus berlalu pergi.“jom..pergi kafetaria.”Farouqy kembali memaut leher Iman.




Sesampai di kafetaria, mereka meninjau-ninjau mencari Ainul Mardiyah.“ha..tu..”tunjuk Iman.Ainul Mardiyah dan aisyah sedang berjalan meninggalkan kafetaria menuju ke asrama.“jom..cepat ikut diorang.”Farouqy menarik tangan Iman.“saya nak cakap apa kat dia?!”Iman kembali cemas.Kau pergi kat dia, kau cakap kau nak cakap dengandia sekejap.”“lepas tu?!”“lepas tu kau cakaplah apa yang kau nak cakap.Takkan itupun abang nak ajar, dah cepat nanti tak sempat pulak.”Iman menguatkan semangat dan terus berjlan menghampiri Ainul Mardiyah.



“Ain…”panggil Iman.Ainul Mardiyah dan Aisyah berpaling menghadap Iman.“hem..boleh…saya cakap sekejap?”soal Iman.Ainul Mardiyah mengangguk perlahan.“berdua…”ujar Iman lagi.“ohh..okay…Ain aku balik dulu ek..”ujar Aisyah dan terus berlalu pergi meninggalkan Ainul Mardiyah dan Iman.Tetapi belum jauh Aisyah pergi, dia menyorok di balik tiang dan memerhatikan Ainul Mardiyah dan Iman dari jauh.Farouqy juga begitu.“boleh kita duduk sekejap?”Ainul Mardiyah mengangguk lagi dan terus menuju ke kerusi yang berada tidak jauh dari situ.Iman kemudian duduk dihadapannya.Iman menarik nafas panjang untuk menenangkan diri.“apa yang awak nak cakapkan tu?”soal Ainul Mardiyah lembut.“saya sebenarnya nak cakap yang saya……”Ainul Mardiyah memerhati terus wajah Iman.Iman tidaklah sekacak mana tetapi wajahnya yang tenang dan bersih itu boleh menarik perhatian sesiapa.Iman memandang sekeliling mencari semangat.Dia ternampak Farouqy yang tidak jauh dari situ sedang memberikan semangat padanya.Iman memejamkan mata dan menarik nafas panjang.Ainul Mardiyah hanya memerhatikan gelagat Iman itu.“Saya…sebenarnya….dah lama..suka kat awak.”Ainul Mardiyah sedikit terkejut dengan pengakuan dari Iman.tetapi itulah yang diharapkan olehnya sejak dulu lagi.“sejak zaman sekolah lagi, sejak kita selalu jumpa kat stesen bas, saya memang dah suka kat awak tapi, …saya segan nak bercakap dengan awak.Tapi hari ni saya cakap juga.”ujar Iman meluahkan segala perasaan yang disimpan sejak dulu lagi.Ainul Mardiyah sedikit tersenyum.“ta..tapi..awak jangan salah sangka.Saya bukan nak ajak awak bercinta or bercouple…saya cuma nak lafazkan saja.”tambah Iman lagi.“saya faham.Terima kasih..”ujar Ainul Mardiyah sambil tersenyum.“betul ni, awak jangan marah kat saya pulak…sebab..sebab…saya….ha..itulah yang saya nak cakap….sa..saya pergi dulu.Terima kasih sebab sudi dengar.Assalamualikum.”ujar Iman dengan muka yang merah padam.Iman terus berlalu pergi.Lega rasa hatinya.Taklah susah sangat.Ainul Mardiyah tersenyum sendiri.Tak tahu kenapa, dia gembira mendengar kata-kata dari Iman itu.Tidak lama selepas iti Aisyah datang mendapatkannya.“dia..dia cakap apa kat kau..? dia luahkan perasaan ek?”Aisyah teruja.“bukan kau dah balik ke?”soal Ainul Mardiyah.“ha…tak..belum lagi…cakaplah, dia cakap apa dengan kau tadi?”“tak ada apa.”ujar Ainul Mardiyah selamba sambil bangun dan terus berjalan menuju ke asrama.Iman berjaan menuju ke arah Farouqy.Farouqy memandangnya sambil tersenyum bangga.“dah selesai?”soal Farouqy.Iman menangguk sambil tersenyum.“dia kata apa?”soal Farouqy lagi.“tak kata apa, dia cuma kata dia faham.”“ye…kan betul cakap abang, tak matinya kamu se4bab luahkan perasaan.So macam mana sekarang?”“rasa lega.Lega sangat-sangat.”ujar Iman.“bagus..bagus..kau buat abang bangga.Dah jom pergi kafetaria.”ajak Farouqy.“abang belanja?”“oklah abang belanja, tapi bawah RM 5.”“kedekut..!!”terdengar tawa mereka berdua selepas itu.Iman rasa sangat lega selepas luahkan perasaannya.Seakan satu beban besar yang sudah dilepaskan.‘Syukur Alhamdulillah.’



-Tamat-



p/s:credit to farhan zuriyani :)

3 comments:

Zulfahmi Abidin said...

omaigosh.ini sngt panjang.aku tak snggup nak bace...ish..kenape tak buat vol.1 vol.2..vol3 dan selanjutnyer.kenape tak seperatekan gune gambar.letak jer gambar ape2 supaye org rehatkan mate sekejap untuk teruskan membace.sbb..tulisan yg kamu gune kt blog nie pon kecik.hope orang dapat tolong awk improvekan blog awk nie.klu ade ape2 silalah bertanyer yerk.sory tak berani nak bace.hehe..

Terkini:
1.Lupe Sampai Tak Ingat 
2.Beeppp..Beeppp....Beeppp

nabila sani said...

huhu . thnx for da cmmnt . will try to improve this blog ^_^

ouh , 2-2 y trbaru da pon bce :D

Zulfahmi Abidin said...

^__^

Terkini: 1. Emosi Mistik Rock n Roll 1. Kaki Belit Depan Masjid 2. Gadis T-Shirt Bintang Terselit Kat Belog Ailyl Rozanna